Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ada Pemimpin Yang Tak Faham Rakyat” – Normala Samsudin Luah Rasa Kecewa

Normala mempertikaikan kebenaran untuk bekerja yang diberikan kepada mereka di sektor perkilangan

by Khai Azfar
June 4, 2021
Share on Facebook

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsuddin meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin yang tidak peka dengan situasi pandemik COVID-19.

Normala Kecewa

Luahan yang dibuat menerusi laman Instagram nya, Normala mempertikaikan kebenaran untuk bekerja yang diberikan kepada mereka yang bekerja di sektor perkilangan biarpun negara berada dalam keadaan ‘total lockdown’.

“Ada pemimpin yang tak faham rakyat! Ada pemimpin yang rasa dia duduk di atas boleh bagi orang yang kerja kilang, semua kerja! Bukan ke total lockdown? Kalau kluster tak turun-turun, jawablah pak menteri yang bijak ini! ” tegas Normala

Pekerja Kilang Harus Divaksin 

Malah dia turut berkata rakyat tidak kisah sekiranya kilang dibenarkan beroperasi namun pekerja-pekerja nya haruslah divaksin terlebih dahulu sebagai mencegah penularan wabak yang meragut jutaan nyawa ini termasuk di Malaysia.

Via Instagram Normala Samsudin

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut isteri kepada Tan Sri Azmi Khalid ini bersetuju dengan pandangannya malah turut berasa khuatir dengan angka jangkitan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

View this post on Instagram

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial)

Sebagai info, di media sosial hangat memperkatakan mengenai isu 128,150 syarikat  mendapat kelulusan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 untuk beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0. Rata-rata netizen mempertikaikan kebenaran tersebut kerana negara sedang berada dalam situasi ‘total lockdown’ manakala kes terbaharu melibatkan kilang dilaporkan semalam (3 Jun 2021).

Seramai hampir 300 orang pekerja di sebuah kilang elektronik di  Batu Berendam, Melaka telah disahkan positif COVID-19.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19normala samsudin
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara