Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Masalahnya Sekarang Kita Lockdown Ke Tak?” – Fizz Fairuz

Jelas Fizz, sebagai rakyat, orang ramai telah pun patuh pada arahan yang ditetapkan

by Khai Azfar
June 4, 2021
Share on Facebook

Seperti yang ramai sedia maklum, negara kini berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh ataupun ‘total lockdown’ bagi mengekang penularan jangkitan virus COVID-19 yang terus mencatat angka jangkitan yang membimbangkan.

Fizz Bimbang

Namun begitu, pelaksanaan ‘total lockdown’ ini menimbulkan 1001 persoalan kepada orang ramai kerana melihat beberapa sektor yang berisiko dibenarkan untuk beroperasi malah kenderaan juga masih banyak di jalanraya. Persoalan tersebut turut dikemukakan oleh pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi beberapa hantaran di laman Insta-story miliknya pada Khamis.

Menurut Fizz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, 41, dia berasa bimbang dengan laporan media mengenai kebenaran untuk bekerja buat 1.57 juta rakyat yang mana berkemungkin boleh mencetuskan jangkitan wabak COVID-19.

“Allah… 1.57 juta itu kalau ada pembawa penyakit macam mana? Masalahnya sekarang, kita lock down ke tak ini?” tulis Fizz

Via Instagram Fizz Fairuz

Rakyat Sudah Patuhi SOP

Malah suami kepada pelakon Almy Nadia ini turut berkongsi poster Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang meminta rakyat untuk melaksanakan ‘self lockdown’ bagi mencegah wabak ini. Jelas Fizz, sebagai rakyat, orang ramai telah pun patuh pada arahan yang ditetapkan. Namun, dengan kebenaran untuk bekerja yang diberi kepada beberapa sektor hanya akan memberi risiko kepada orang lain.

Via Instagram Fizz Fairuz

Terdahulu,  Fizz sering kali berkongsi kepada umum mengenai kesedaran menjaga SOP dan mengalakkan untuk di rumah bagi mengekang penularan jangkitan virus COVID-19.  Dia turut  meluahkan rasa bimbang apabila  peniaga kecil masih dibenarkan berniaga dan hanya akan menggalakkan orang ramai keluar dari kediaman masing-masing.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
covid-19Datuk Fizz Fairuzlockdown
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara