Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

GERAN Tayang Di US Tapi Ramai Kata Pelakon Tak Komersial? Ini Respon Padu Pengarah

by Phic ARMAN
June 4, 2021
150
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada Oktober 2019 yang lalu, nampaknya filem Geran terus melakar sejarah dalam industri perfileman Malaysia.

Buktinya, filem arahan  Areel Abu Bakar  itu akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada hari ini, 4 Jun ini di platform digital, Hi-Yah.

YouTube video

Murai MY menerima khabar dari beberapa sumber mengatakan, selepas ini Geran akan ditayangkan ke beberapa negara lain.

Dalam pada itu, selain mendapat pujian dari rakyat Malaysia, ada juga sesetengah pihak yang mengkritik filem aksi yang mengangkat seni persilatan Melayu ini. Namun ia tidak mematahkan semangat Areel untuk terus berkarya.

Ketika Murai MY menghubungi pengarah muda ini, dia akui ada sesetengah pihak termasuklah pemain industri berpendapat filem Geran susah untuk pergi lebih jauh kerana barisan pelakonnya.

“‘Saya pernah dikritik dari beberapa pihak berkata ‘Artis dalam filem kau tak komersial , filem kau susah orang nak tengok’, ini ayat selalu saya dengar”- katanya kepada Murai MY.

Menjawab kritikan itu, Areel akui kebanyakkan pelakon dalam filemnya bukanlah dikalangan artis terkenal.

“Kebanyakkan pemain industri & pelabur kurang berminat bila kita cuba membawa naskah ini ke layar perak. Sebab artis dalam filem saya Ketika itu bukan lagi artis tetapi seoarang pesilat, & artis yang ada dalam filem tu pun biasa kecuali Namron & Faizal Hussien tu pun dah otai.. bagi mereka untuk jual filem tu susah.”- ujarnya.

Tambahnya lagi,  Areel berkata, tidak kira pelakon itu komersial atau tidak, yang penting mampu mengikut permintaan skrip. Malah dia percaya,  filem yang dibarisi dengan pelakon popular belum tentu dapat hasil kutipan yang tinggi.

“Saya sebagai pengkarya , skrip & misi tujuan sesuatu filem itu yang penting, artis itu kena ikut permintaan skrip bukan permintaan follower di IG artis. Berapa banyak filem yang dilakonkan artis popular tapi masih tidak mendapat kutipan.”

“Saya Tak Jual Orang”

Tambah Areel, dia berbangga dan tak pernah menyesal membuat pilihan pelakon dalam filem Geran. Kerjasama antara semua pihak memberikan hasil yang berkualiti serta membanggakan.

“Saya masih percaya dengan naskah yang baik itu Ada rezeki yg tersendiri, saya tak pernah menyesal membuat pilihan artis saya dalam filem ini malah berasa bangga dengan kejayaan mereka menyelesaikan tanggungjawab sebagai pelakon. Saya tak jual orang , saya berkongsi cerita dalam naskah saya.”- katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Areel kini dalam proses memantapkan skrip filem terbarunya berjudul Walid. Walaubagaimanapun penggambaran terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Untuk info, Geran yang pernah memenangi Anugerah Daniel A Craft di New York Asian Film Festival 2020 dibintangi oleh Namron, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Areel Abu BakarFad AnuarFeiyna TajudinFilem GeranGeranKhoharullah Majidnamron
https://lomp.at/9pqxk
Share60Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem