Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

M. Nasir Yakin Dengan Mafarikha Untuk Bawa Lagu ‘Remake’ Nyanyian Asal Zaiton Sameon

by Zaidin Albert
June 7, 2021
Share on Facebook

Buat kolaborasi pertama antara Luncai Emas dan Mafarikha, lagu Kabut Serangkai Mawar, sebuah lagu klasik nyanyian Zaiton Sameon dan ciptaan Datoʼ M. Nasir, telah dipilih untuk digubah semula dan dijadikan sebagai sebuah ʻremakeʼ.

Dengan lontaran suaranya yang lantang dan kebolehannya untuk menyampaikan emosi dan jiwa yang merinding dengan nyanyiannya, dipersetujui bahawa Mafarikha adalah calon yang terbaik untuk kolaborasi ini.

Dalam pada itu, Mafarikha berkata, Zaiton Sameon merupakan seorang legenda dan akui meminati penyanyi itu.

“Kalau nak cakap minat, mak saya lagi minat dengan Zaiton Sameon. Menaruh Harapan memang antara lagu paling favorite mak-mak kita. Daripada situ saya tahu tentang Zaiton Sameon. Belum pernah jumpa tapi cerita Zaiton Ceritaku adalah antara cerita yang saya paling suka. She’s definitely a legend.”- katanya.

Untuk mencapai kualiti lagu yang diinginkan, produser berkaliber Ashraf Aasimudin telah dipilih khas oleh Mafarikha untuk menjadi produser kepada lagu Kabut Serangkai Mawar 2021. Dengan kerjasama ahli-ahli Luncai Emas yang penuh bakat dan tunjuk ajar sifu Dato M Nasir, gubahan baru ini telah berjaya dijadikan sebuah ʻmasterpieceʼ.

Jom dengar nyanyian Mafarikha untuk versi ‘remake’ lagu Kabut Serangkai Mawar.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/06/Master_Mafarika_Kabut_Serangkai_Mawar-.mp3

Menurut M Nasir, Mafarikha telah membawa lagu itu ke tahap yang tersendiri.

“Saya melihat suaranya sedap dan unik.”-katanya

Berkongsi pengalaman menulis lagu ini, M Nasir akui masih terkenang dengan kejadian tragis yang menimpa Zaiton Sameon.

“Saya teringat waktu bekerja dengan Zaiton Sameon tak lama sebelum dia ditimpa kemalangan ketika lagu ini ditulis.” ujarnya

Penggubahan semula lagu Kabut Serangkai Mawar adalah usaha dan kerjasama pelbagai pihak dan bakat, di mana hasilnya merupakan satu penyampaian yang indah. Mafarikha telah berjaya menyalurkan
suara lantangnya ke dalam lagu ini dengan penuh emosi dan penghayatan, serupa dengan Zaiton Sameon namun dengan keunikan dan ʻcharacterʼ tersendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=aKvJeQKF2bw

Luncai Emas merupakan sebuah syarikat rakaman yang terkenal dengan mempunyai keunikan tersendiri, yang boleh dilihat dalam pemilihan artis – artis mereka yang mengikuti dasar bakat dan identiti, yang lain daripada yang lain, berbeza dengan bakat tempatan yang ada sekarang dan mepunyai seni yang tersendiri. Mafarikha telah dipilih kerana kebolehannya yang unik, sekaligus menjadi satu- satunya artis wanita di dalam Luncai Emas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
marfarikhamnasir
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  5. 5

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara