Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Penangan All Together Now Malaysia, Sampai Air Pun Jadi ‘Kelly Azman’!

Dia dikecam teruk oleh netizen selepas dikatakan tidak pandai menilai bakat persembahan peserta di ATNM

by Khai Azfar
June 8, 2021
91
KONGSIAN
Share on Facebook

Penangan episod pertama program realiti terbaharu, All Together Now Malaysia (ATNM) yang mula bersiaran pada malam Ahad lalu, nama wartawan yang juga penghibur Kelly Azman menjadi sebutan hangat di media sosial.

Nama Kelly Azman Jadi Sebutan 

Semuanya gara-gara dia dikecam teruk oleh netizen selepas dikatakan tidak pandai menilai bakat persembahan peserta di ATNM. Tak cukup dengan itu, kerana terlalu geram dengan sikap ‘diva’ Kelly di ATNM ada yang menyifatkan pelantun No No No ini tidak layak menjadi juri.

Akui Cerewet 

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pendiriannya dalam ATNM, Kelly ketika dihubungi Murai.my berkata dia akui amat cerewet dalam penilaian persembahan peserta. Selain faktor pemarkahan, Kelly turut menjelaskan dia ingin mencari seorang peserta yang mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang penghibur.

“Kenapa saya tak bangun, pertama pemarkahan seorang juri hanya diberikan dua sahaja. Kita kena pandai menilai persembahan ini dengan betul-betul. Saya tak nak nanti orang cakap tersalah pilih sebab itu saya amat cerewet memilih peserta yang terbaik. Saya mencari aura pesona sebagai seorang penghibur bukan setakat pandai menyanyi tapi ada faktor sebagai sebagai penghibur” jelas Kelly

Dalam pada itu, Kelly juga sedia maklum dengan kecaman-kecaman oleh netizen di media sosial. Tidak mudah melenting, sebaliknya pelakon Delen ini menghormati pandangan mereka dan menganggap tawaran menjadi juri ATNM sebagai peluang untuk dirinya lebih dikenali.

“Saya hormati kecaman-kecaman mereka sebab itu hak individu. Sebagai contoh, saya menjadi juri dan saya ada hak saya. Pandangan orang dan kecaman orang kita tak boleh kawal apa pun saya tak kisah dengan kecaman tersebut dan saya hanya lakukan kerja saya”

“Benda ini (kecaman) membantu saya dan karier saya pada masa-masa akan datang.Saya berterima kasih pada semua netizen yang sebelum ini mungkin tidak kenal tetapi sekarang dah kenal. Apa pun saya tak ambil hati dengan kecaman anda (netizen) dan saya harap anda akan menerima saya. Tak kenal maka tak cinta” katanya lagi

Selain Kelly, terdapat 49 orang selebriti dan pengamal media sosial terkenal telah dipilih sebagai juri ATNMY untuk memilih seorang peserta yang terbaik dalam program realiti yang diadaptasi daripada format antarabangsa popular All Together Now, yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.

Konsert Kak King Bakal Kembali 

View this post on Instagram

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

Dalam perkembangan lain, sepanjang ‘lockdown’ ini Kelly sedang giat menjalankan program temubual secara virtual bersama selebriti-selebriti terkenal tanah air yang dikenali sebagai ‘IG Live Bersama Kak King’ di laman Instagram nya. Malah Kelly juga akan kembali menerusi konsert virtualnya tidak lama lagi yang sudah mempunyai tiga edisi penganjurannya sebelum ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
All Together Now MalaysiaKelly Azman
https://lomp.at/f2adc
Share36Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem