Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

AC Mizal, Erra Fazira & Aina Abdul Antara 50 Juri Tetap All Together Now Malaysia !

50 juri tetap tersebut terdiri daripada pelbagai barisan penggiat seni tersohor tanah air

by Khai Azfar
May 27, 2021
Share on Facebook

Setelah memberi ‘teaser’ awal ‘All Together Now Malaysia’ (ATNMY), akhirnya program realiti ini bakal ditayangkan buat pertama kalinya bermula 6 Jun 2021.

Negara Pertama Asia Tenggara Tayangkan All Together Now

Menariknya mengenai ATNMY, ia merupakan adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. Program ini juga turut mencetuskan fenomena luar biasa di luar negara sehingga format tersebut telah diadaptasi semula di serata dunia termasuklah Australia, Rusia, Turki, Brazil, Norway, Colombia, Denmark, Finland, Perancis dan sebagainya. Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.

50 Juri Tetap 

Uniknya lagi, buat pertama kali Malaysia bakal menyaksikan jumlah bilangan juri profesional dan peserta yang cukup besar,seramai 50 juri tetap dan hampir 250 jumlah keseluruhan peserta untuk musim pertama. 50 juri tetap tersebut terdiri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya. Malah rancangan ini juga dihoskan selebriti popular, Sherry Al-Hadad.

1. Dato’ AC Mizal(Ketua Juri)
2. Syamel
3. Ernie Zakri
4. Mark Adam
5. Noryn Aziz
6. Erra Fazira
7. Tuju [K-Clique]
8. Siti Nordiana
9. Zizan Razak
10. Tabby [Dolla]
11. Khai Bahar
12. Zizi Kirana
13. Jaclyn Victor
14. Linda Nanuwil
15. Andi Bernadee
16. Bob Yusof
17. Nana Mahazan
18. Shiha Zikir
19. Sissy Imann
20. Chubb-e
21. Mimi Fly
22. Aina Abdul
23. Ifa Raziah
24. Sarah Suhairi
25. Catriona Ross
26. Azzam Sham
27. Dafi Ismail
28. Ara Johari
29. Azira Syafinaz[DeFam]
30. Liza Hanim
31. Yusuf Bahrin
32. Angel [Dolla]
33. Joey Daud
34. Acong
35. AzfarHeri
36. Yaya Zahir
37. Kelly Azman
38. Jad Lobo
39. Harith Zazman
40. Kaka Azraff
41. Haniff Hamzah [ERA]
42. Falyq Hikyle [SINAR]
43. Ean [HITZ]
44. Suresh [RAAGA]
45. Alvin Chong
46. Daniel Cheang
47. Vanessa Reynauld
48. Neeta Manisha
49. Thanuja
50. Kidd Santhe

Format Asal 100 Orang Juri 

Difahamkan, format asalnya telah menampilkan 100 orang juri namun berikutan situasi semasa yang berhadapan pandemik, jumlah tersebut dikurangkan kepada 50 orang juri. Malah program ‘ATNMY’ ini juga sebenarnya telah ditunda sebanyak dua kali daripada tarikh asal siarannya.

Walaupun program ini baru sahaja dilancarkan, namun pihak produksi sudahpun memulakan misi pencarian bakat untuk menyertai musim seterusnya. Sesi uji bakat musim kedua kini secara rasminya sudahpun dibuka secara online dan bagi musim pertama antara peserta yang bakal mencuri tumpuan termasuklah Zaki Yamani yang merupakan anak kepada legenda negara Jamal Abdillah, Najua P. Ramlee; cucu kepada seniman negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee, komposer jingle & personaliti Tik Tok; Ajoi Zainal, penari & influencer; Baelon, penyanyi; Meer Nash dan Kumpulan Pancit Sitaya yang memperjuangkan genre irama Malaysia & Dangdut.

Selain konsert mingguan yang akan bersiaran selama 10 minggu, sebuah episod khas turut diterbitkan sempena meraikan ulang tahun Astro yang ke-25 pada tahun ini. Barisan peserta yang bakal menyertai episod khas tersebut adalah daripada kalangan bekas-bekas peserta program hiburan popular terbitan Astro seperti Akademi Fantasia, Big Stage, Maharaja Lawak Superstar, The Masked Singer Malaysia, Gegar Vaganza, Ceria Popstar, Kilauan Emas, Golden Melodies dan sebagainya. Tarikh siaran episod istimewa tersebut masih belum ditetapkan dan akan diumumkan kelak.

All Juri Together Now MalaysiaAll Together Now Malaysia
https://lomp.at/hnq7h
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara