Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Anak Menteri Tapi Tak Follow SOP” – Instagram Dafi Diserang Netizen

ll Together Now Malaysia (ATNM) dihentikan sementara waktu tayangannya, Dafi pula terkena tempias

by Khai Azfar
June 9, 2021
Share on Facebook

Baru sahaja membuka tirainya pada Ahad lalu, namun rancangan realiti All Together Now Malaysia (ATNM) terpaksa dihentikan sementara waktu tayangannya berikutan terdapat laporan rancangan itu tidak mematuhi standard operasi prosedur (SOP) pada Mac lalu.

Siasatan Akan Dijalankan

Difahamkan, siasatan akan dijalankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran SOP sepanjang rakaman program dijalankan. Susulan itu, pelbagai reaksi telah diluahkan oleh orang ramai di media sosial. Ada yang kecewa dan tidak kurang juga ada yang gembira dengan keputusan tersebut selepas mengecam episod pertama program realiti yang diadaptasi daripada format antarabangsa popular All Together Now, yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One itu.

Dafi Terkena Tempias, Instagram Diserang Netizen 

Dafi

Dalam pada itu, hasil tinjauan Murai.my mendapati netizen mula membanjiri ruangan komen hantaran terkini di laman Instagram anak kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga penyanyi, Dafi.

Rata-rata daripada mereka mengecam dan meluahkan rasa kecewa dengan Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri kononnya dia turut sama terlibat dengan isu pelanggaran SOP seperti yang didakwa oleh netizen.

Malah segelintir daripada mereka menasihati Dafi agar memberi contoh yang terbaik kepada masyarakat, bukan sahaja kerana merupakan anak orang kenamaan malah sebagai seorang yang berstatus ‘public figure’.

“HELLO SILA IKUT SOP. Anak menteri tapi tak follow sop. Beritahu dekat kawan-kawan yang join benda alah ini untuk follow sop juga ya. Kesian kami rakyat marhaen yang follow sop betul-betul ini. Nanti kes naik bukan golongan kayangan ini yang dipersalahkan. Kami rakyat marhaen yang dah follow SOP ni yang dipersalahkan!” tulis seorang netizen

Menerusi kenyataan Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

“Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman,”

“Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar antara mereka,” kata Raqim seperti yang dipetik dari Astro Awani

Malah ia turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.

Dafi Pernah Ambil Ubat Kurus, Fobia Selepas Diejek Kerana Berat Badan
All Together Now Malaysiadafi
https://lomp.at/ouqfp
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  3. 3

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara