Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pak Nil Ajak Orang Ramai Sokong Kempen ‘Kibarkan Bendera Putih’

Pak Nil berharap mereka yang memerlukannya tidak berasa malu untuk berbuat demikian

by Khai Azfar
June 29, 2021
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, pelbagai keluhan rakyat telah disuarakan dan rata-rata akui berhadapan dengan masalah kewangan.

Kempen ‘Kibarkan Bendera Putih’ 

Biarpun pelbagai bentuk bantuan telah diumumkan, namun buat mereka yang kehilangan pekerja dan seumpamanya masih sukar mendapatkan bekalan makanan secukupnya. Lebih menyedihkan, ada diantara mereka telah membunuh diri diri kerana berasa tertekan dengan situasi semasa. Susulan itu, sebuah kempen telah diwujudkan oleh pengguna media sosial dalam membantu mereka yang memerlukannya.

Difahamkan, buat mereka yang memerlukan bantuan dari segi bekalan makanan hanya perlu kibarkan bendera putih di kawasan rumah mereka dan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan akan datang membantu. Dalam perkembangan berkaitan, selebriti terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi turut berkongsi mengenai kempen itu di laman Instagram nya.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Pak Nil Pesan Usah Malu

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil, dia ingin berkongsi kepada orang ramai mengenai kempen tersebut dan berharap mereka yang memerlukannya tidak berasa malu untuk berbuat demikian.

“Paknil panjangkan idea orang”

“Jangan Malu. #kitaadakita je sekarang. Masih Ada golongan yg tidak terbantu dari pengumuman tadi. #kibarbenderaputih #kempen_bendera_putih” tulis Pak Nil

Menjengah ke ruangan komen,selebriti seperti Nourul Depp memuji tindakan Pak Nil berkongsi kepada orang ramai mengenai kempen tersebut. Malah buat pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim turut memaklumkan terdapat gerakan yang sedia memberikan khidmat kaunseling secara percuma buat mereka yang mengalami tekanan perasaan selain berharap agar mereka tidak berputus asa.

“Don’t give up… we WILL get through this InsyaAllah. ❤️

? Sila contact kami di @miasa.malaysia untuk bantuan, kami sedia kan perkhidmatan Free untuk B40 seperti kaunselling, makanan Dan juga product hygiene dll?? Let us help you”  kongsi Sarimah

Pada petang Isnin, bantuan i-Citra telah diperkenalkan yang memanfaatkan seramai 12.6 juta ahli KWSP untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan mereka.

aznil hj nawawikempen bendera putih
https://lomp.at/fcwj2
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem