Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ingin Saman Anggota Polis Wanita, Polis Sahkan Terima Laporan Zarina Anjoulie

Polis memandang serius terhadap laporan yang dibuat oleh Anju i

by Khai Azfar
July 2, 2021
Share on Facebook

Sejak awal minggu lalu, nama selebriti sensasi Zarina Anjoulie hangat diperkatakan selepas terpalit dengan beberapa kontroversi.

Polis Terima Laporan Zarina

Terbaharu, selepas Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju mendedahkan ingin menyaman seorang anggota polis wanita,Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman mengesahkan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menerima laporan yang dibuat oleh pelakon itu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Anju telah membuat laporan polis susulan dakwaan terdapat gambarnya dikatakan sedang berada di dalam bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Nilai tersebar di media sosial.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Selain itu, siasatan selari oleh pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut diadakan,” katanya seperti dipetik portal akhbar berkenaan

Malah, pihak polis memandang serius terhadap laporan yang dibuat oleh Anju itu.

Nekad Saman

Pada pagi Khamis, Murai.my melaporkan Anju nekad untuk mengambil tindakan saman terhadap seorang anggota polis wanita berikutan gambarnya telah disebarkan oleh anggota tersebut. Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam tidak lama kemudian.

Ia susulan penularan kisah penahanan seorang artis wanita positif dadah. Meskipun pihak polis tidak mendedahkan identiti artis itu, namun rata-rata netizen membuat andaian bahawa individu berkenaan ialah Anju.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kes samanzarina anjoulie
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara