Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Dari Menjadi Peserta ICSYV, Kini Nisha Haque Muncul Single Terbaru ‘Yo Yo Oh’

by Phic ARMAN
July 12, 2021
Share on Facebook

Qhairun Nisha Haque atau lebih dikenali sebagai, Nisha Haque merupakan bakat baru dalam industri muzik di Malaysia.

Setelah bernaung dibawah Whiteroom Music sebagai trainee, akhirnya dia muncul dengan single terbaru yang merupakan lagu sulungnya yang bertajuk ‘Yo Yo Oh’.

Selain menjadi seorang penyanyi, Nisha Haque sudah lama berkecimpung didalam dunia
hiburan sejak usia kanak-kanak lagi. Dia yang memilki bakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian, pernah menjadi pelakon cilik dalam drama bersiri ‘Cinta Medik’ dan muncul di kacs televisyen (TV) untuk iklan komersial.

Sejak di bangku sekolah lagi, Nisha Haque mempunyai hobi dan minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian seringkali memuatnaik video lagu sadurannya di YouTube.

Selain menyanyi, dia juga mempunyai hobi lain seperti membaca buku, berenang dan menari. Bakatnya sebagai seorang penyanyi mula menyerlah apabila dia menyertai program realiti ‘I Can See Your Voice’ yang bersiaran di NTV7. Nyanyian dia yang memukau para juri dan telah viral ketika mempersembahkan lagu yang bertajuk Sembunyi nyanyian asal oleh Adira.

Suaranya yang lunak dan merdu telah menarik perhatian orang ramai dan video nyanyiannya itu telah mencecah 693 ribu tontonan di YouTube.

Pada tahun 2019, Nisha Haque telah menghadiri ujibakat untuk menjadi penyanyi dibawah naungan syarikat rakaman Whiteroom Music.

Setelah melepasi ujibakat, dia telah berjaya di terima untuk bernaung dibawah syarikat rakaman milik komposer terkenal, SirKhan Danial yang merupakan komposer lagu Menahan Rindu, Tergantung Sepi dan Di Matamu. Sebagai seorang pendatang baru di dalam industri muzik, Nisha Haque telah tampil dengan debut pertamanya yang bertajuk ‘Yo Yo Oh’.

Lagu ini merupakan salam perkenalannya sebagai seorang penyanyi baru tanah air di Malaysia.

‘Yo Yo Oh’

YouTube video

‘Yo Yo Oh’ merupakan karya ciptaan SirKhan, Adi Ros dan Aden King ,Lagu ini bergenre pop dance sesuai dengan tona suara dan gaya nyanyian Nisha Haque. Single ini merupakan terbitan dan edaran Whiteroom Music.

Lagu ini mengisahkan tentang seorang wanita yang telah mengetahui bahawa kekasihnya
selama ini telah menipu dirinya, namun begitu dia tetap bersabar dan tidak mahu untuk
berpisah. Nisha Haque yakin ramai orang pernah berada dalam situasi sebegini, terluka tapi masih lagi bertahan sebab sayang untuk putuskan hubungan tersebut.

Nisha Haque berharap ‘Yo Yo Oh’ dapat mencuri hati semua orang dan mendapat respon yang baik oleh pendengar muzik tempatan serta pihak media. Dia juga berharap orang ramai dapat memberi sokongan dan menerima bakatnya sebagai penyanyi baru dalam bidang muzik.

‘Yo Yo Oh’ boleh didapati di kesemua plantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Joox, dan juga Apple Music pada 2 Julai 2021.

Nisha Haque
https://lomp.at/n743z
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara