Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Selepas ‘Kardashians Kelantan’, ‘The Azmin’Pula Jadi Tumpuan Netizen

Ada diantara mereka turut mengikut jejak langkah Azmin dengan menyertai bidang politik.

by Khai Azfar
July 16, 2021
Share on Facebook

Sejak minggu lalu, anak-anak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tumpuan warganet berikutan salah seorang daripadanya menafikan bahawa mereka sekeluarga telah bercuti di Turki.

Nafi Berada Di Turki 

Dakwaan tersebut muncul ketika Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menerima kritikan baru-baru ini selepas sekeping foto beliau di lokasi bersejarah Hagia Sophia di Istanbul, Turki tular di media sosial dan turut dikatakan membawa bersama ahli keluarga nya selepas pemandu pelancong berkongsi foto berkenaan di laman Instagram.

Bagaimanapun, pemandu pelancong itu memohon maaf berhubung kesilapan kapsyen sebelum ini yang menyatakan Azmin berkunjung ke Hagia Sophia bersama keluarganya dan tampil menjelaskan bahawa Azmin berada di negara itu bersama delegasi kementerian dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.

Tunjuk Bukti ‘Selfie’

Ingin menunjukkan bukti bahawa mereka tidak berada di sana, anak perempuan Azmin yang dikenali sebagai Amira telah bergambar di hadapan televisyen yang menunjukkan saluran TV3 dengan sekumpulan individu dipercayai adik-beradiknya.

https://twitter.com/amiraaazmin/status/1414573725773557765

Ikut Jejak Langkah Azmin 

Susulan itu, netizen yang menggelarkan anak-anak ahli politik itu sebagai ‘The Azmin’ mula mengikuti rapat perkembangan mereka di media sosial. Difahamkan, ada diantara mereka turut mengikut jejak langkah Azmin dengan menyertai bidang politik.

Via Twitter Amira Azmin
Via Twitter Amira Azmin

Malah, rata-rata daripada anak Azmin yang aktif di laman Twitter turut mengulang-kicau beberapa kenyataan umum daripada bapa mereka selain bertindak mempertahankannya.

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Sekadar info, Azmin yang berkahwin dengan Datin Shamsidar Taharin dikurniakan enam orang cahaya mata Farah Shazliyana, Mohamed Ameer Shazrin, Farah Afifah,Farah Amira,Mohamed Yusof Al-Sadiq dan Mohamed Basheer Noor Al-Haq.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak-anak Azmin Aliazmin ali
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara