Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selera

7 Petua Agar Daging Korban Kambing Cepat Empuk Dan Lembut

by Caera
July 20, 2021
103
KONGSIAN
Share on Facebook

Kambing adalah salah satu haiwan ternakan yang kebiasaannya menjadi daging korban. Daging kambing juga antara yang sering dihidangkan semasa musim perayaan. Namun daging kambing biasanya akan mengeluarkan aroma dan mempunyai tekstur yang agak liat dan keras.

Sekiranya ia tidak dilakukan dengan cara yang betul, daging kambing akan sukar untuk dimakan.  Jadi, kami akan kongsikan dengan pembaca antara beberapa tips untuk mendapatkan tekstur daging yang lembut dan empuk. Jom kita tengok!

1. Lumur Daging Dengan Daun Ubi Kayu

via agroniaga.com

Menurut sumber yang kami dapat dari Kumparan, daun ubi kayu mengandungi enzim papain dan bromelain yang dapat membantu melembutkan protein sehingga dapat menjadikan daging kambing lebih lembut.

2. Lumur Daging Dengan Parutan Nenas

via blogspot.com

Anda juga boleh menggunakan buah nenas untuk melumur daging kambing kerana buah nenas mengandungi kandungan yang sama seperti daun ubi kayu dan sesuai untuk melembutkan daging kambing. Nenas juga dapat menghilangkan bau pada daging kambing.

3. Tidak Mencuci Daging Kambing

via dailymakan.com

Kebanyakkan dari kita akan mencuci daging kambing untuk menghilangkan bau. Tahukah anda bahawa dengan mencuci daging kambing akan membuatkan teksturnya menjadi semakin liat dan keras. Cara potong juga harus betul dan elakkan dari meletakkan daging di atas tanah.

4. Lumur Daging Dengan Cuka

via akamaized.net

Selain dari daun ubi kayu dan nenas, daging kambing juga boleh dilumur atau direndam dalam larutan cuka agar daging akan cepat empuk.

5. Balut Daging Dengan Daun Betik Muda

via majalahsains.com

Enzim yang terkandung dalam daun betik muda dipercayai dapat membuatkan daging kambing akan lebih cepat lembut.

6. Masak Daging Dengan Menggunakan ‘Pressure Cooker’

viamycrazygoodlife.com

Alatan memasak juga antara bahan terbaik untuk mendapatkan daging yang empuk dan lembut. Jadi ‘pressure cooker’ antara salah satu jalan penyelesaian yang terbaik. Selain itu, sebagai info tambahan, potong daging dengan cara berlawanan arah dengan ira uratnya agar tekstur daging tidak menjadi liat.

7. Pilih Bahagian Daging Yang Betul

via makanlena.com

Bahagian daging kambing yang betul juga akan menentukan betapa lembutnya daging setelah dimasak. Ada kajian yang menjelaskan, daging kambing mempunyai kaedah pemprosesan yang berbeza. Contohnya, kaki kambing yang tidak mempunyai banyak lemak, sesuai untuk direbus atau dipanggang. Manakala daging di bahagian pinggang pula memerlukan masa yang lebih singkat untuk memasaknya. Ini kerana, daging pada bahagian ini sangat lembut dan sesuai dimasak seperti rebus, goreng atau bakar.

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan menjadi rujukan untuk anda mendapatkan daging kambing yang lebih empuk dan lembut dalam hidangan untuk juadah hari raya nanti.

Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: dagingkambingtipscepatempuk
Share41Tweet26SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Rasa Lebih Authentic Bila Makan Makanan Korea Di Restoran KL & Selangor Ini…
Selera

Rasa Lebih Authentic Bila Makan Makanan Korea Di Restoran KL & Selangor Ini…

by Soph Azz
January 27, 2023
MAHSURI Menyokong Sekolah Masakan & Bakal Tawarkan Biasiswa? Bestnya!
Selera

MAHSURI Menyokong Sekolah Masakan & Bakal Tawarkan Biasiswa? Bestnya!

by Naddy Joe
January 26, 2023
5 Promosi Hebat KyoChon 1991 Sempena Tahun Baru!
Selera

5 Promosi Hebat KyoChon 1991 Sempena Tahun Baru!

by Soph Azz
January 26, 2023
Rendah Kalori & Sesuai Untuk Diet, Pilih Menu Ini Kalau Ke Starbucks!
missmurai

Rendah Kalori & Sesuai Untuk Diet, Pilih Menu Ini Kalau Ke Starbucks!

by Soph Azz
January 19, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan