Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Legend Yang Takkan Hilang”- Peminat Gembira Alif Satar Pilih The Locos

Rata-rata peminat memuji lagu dan sinematografi MV tersebut.

by Khai Azfar
July 27, 2021
Share on Facebook

Dikala industri sering mendengar mengenai penyanyi yang berundur daripada kumpulan mereka untuk tampil bergerak solo, tetapi tidak bagi selebriti verstail, Alif Satar yang kini secara rasmi mempunyai ‘band’ nya tersendiri.

Sudah Lama Pasang Niat 

Kini dikenali sebagai Alif Satar & The Locos (ASTL), menurut Alif kepada Murai.my  dia sudah lama impikan untuk mempunyai band tersendiri kerana inginkan pembaharuan buat karier nyanyiannya..

“Sebenarnya selama saya dalam industri, saya sering kali berasa tidak puas ketika membuat persembahan secara langsung. Selalunya saya hanya pakai minus one, tetapi bila ada The Locos mengiringi saya secara tak langsung persembahan nanti seperti sebuah konsert mini” jelas Alif

Jelas penyanyi, pelakon dan pengacara ini, Alif Satar & The Locos telah diwujudkan sejak lima tahun lalu ketika dia memikirkan ingin pembaharuan dalam kerjaya muziknya selepas 10 tahun tampil sebagai penyanyi solo. Malah, The Locos turut ditampilkan secara rasmi menerusi single raya berjudul Lagu Raya pada Mei lalu.

Ramai Puji Anugerah Terindah 

Terbaharu, ASTL tampil pula dengan buah tangan terbaharu mereka, Anugerah Terindah yang kini boleh dilayari di semua platform digital. Tidak ketinggalan, video muzik (MV) single tersebut telah pun dipertontonkan buat tatapan peminat. Menerusi carian Murai.my di ruangan komen YouTube MV Anugerah Terindah, rata-rata peminat memuji lagu dan sinematografi MV tersebut.

Menyifatkan Alif sebagai seorang lagenda yang tidak akan hilang ditambah pula bergabung dengan sebuah band yang cukup unik, mereka mengharapkan agar (ASTL) akan terus konsisten mewarnai tanah air. Malah, Anugerah Terindah juga disebut-sebut sebagai lagu yang cukup layak untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kelak.

Alif Satar Sambung Duta, GB Gold Pula Lancar Emas Bentuk Keris. Lengkap Warisan & Inspirasi!

Alif Satar & The Locos dianggotai oleh Alif selaku vokalis, Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bass), Faliq Auri (saksofon) dan Rajwan Juni (dram).

YouTube video
Alif SatarAlif Satar & The Locos
https://lomp.at/dyji5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara