Wednesday, July 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

5 Fakta Terkini Kes Saman Siti Nordiana Terhadap Lan Solo Dan Syura Badron

by Soph Azz
July 28, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

677
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Siti Nordiana atau mesra dikenali Nana telah mengambil keputusan untuk menyaman rakan artisnya iaitu Lan Solo dan Syura Badron serta 3 individu lain (Sam Samin, Sheila Razlan dan Aida G).

Menurut Nana, dia terpaksa menyaman 5 individu tersebut memandangkan dia tidak menerima sebarang permohonan maaf.

1. Sengketa Nana-Lan Solo-Syura Badron

Pergaduhan di antara 3 rakan artis ini terjadi apabila Lan Solo dan Syura Badron mendedahkan perangai sebenar Nana menerusi IGLive pada 20 Julai lalu.

Foto – Pinterest

Menerusi IGLive tersebut Lan dan isterinya (Sheila Razlan) meluahkan rasa kecewa terhadap Nana dan pengurusnya, Anas yang sering mengungkit tentang bayaran makanan di restoran.

Foto – Pinterest

Manakala sengketa di antara Syura dan Nana pula terjadi selepas pihak produksi tidak mahu menawarkan sebarang pekerjaan kepadanya disebabkan oleh Nana dan Anas.

2. Syura Minta Orang Ramai Berhenti Mengecam Kerana…

Di story Instagram, Syura telah memuat naik posting dengan meminta orang ramai untuk berhenti mengecamnya kerana kontroversi yang berlaku di antaranya dan Nana. Ujarnya, orang ramai hanya mengetahui namanya sahaja tetapi tidak pada cerita sebenarnya.

Foto – @syurabadro (Instagram)

Tambahnya jika mereka berada di tempatnya, berkemungkinan besar mereka tidak akan dapat bertahan sepertinya. Malah mereka dipercayai akan turut kecundang.

3. Beri Tempoh Untuk Mohon Maaf 

Akui Nana, pihaknya telah memberikan kelima-lima individu tersebut untuk melakukan permohonan maaf bagi mengelakkan tindakan saman daripada berlaku. Ujarnya sepanjang tempoh itu, dia tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada mereka.

Foto – Pinterest

“Memandangkan tiada permohonan maaf setelah tamatnya tempoh 48 jam tersebut, Nana telah mengarahkan pihak peguan untuk meneruskan tindakan saman”, kongsinya di Kosmo.

4. Saman Untuk Bersihkan Nama 

Atas nasihat peguam, pelatun lagu “Angkara Cinta” terpaksa mengambil langkah untuk menyaman kelima-lima individu bagi membersihkan namanya dan imejnya yang tercalar.

Foto – New Straits Times

Ujarnya, kenyataan yang dibuat oleh kelima-lima individu itu menerusi IGLive telah merosakkan nama dan imejnya dalam industri.

5. Tuntut Permohonan Maaf Secara Terbuka 

Dipetik daripada Metro, peguam Nana iaitu Abang Azlan berkata notis permohonan maaf secara terbuka telah pun dihantar kepada 5 individu tersebut menerusi e-mel dan serahan tangan.

Foto – Gempak

Tambah Abang Azlan, kes saman ini wajar dibawa ke mahkamah sekiranya tiada sebarang permohonan maaf dilakukan walaupun video IGLive tersebut telah dipadam oleh 5 individu itu.

Apa-apa pun, Murai MY berharap kes ini selesai dengan sebaik-baiknya.

aida glan solosam saminsheila razlansiti nordianasyura badron
https://lomp.at/6pya3
Share271Tweet169SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Shila Amzah Restu Ibu Kahwin Duda, Akui Tak Sempat Tetapkan Tarikh Nikah Tapi Minta Jangan Hebahkan Awal

by Puteri Alia
July 15, 2025

“Semua orang berhak mengecapi kebahagiaan termasuk emak saya.” Itu jawapan penuh tenang dan terbuka daripada penyanyi terkenal, Shila Amzah, ketika...

Read more
Lokal

“Awie Minta Maaf”-Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Sebagai salah seorang figura senior dalam industri hiburan, Datuk Awie tampil dengan nada damai berhubung kemelut yang melibatkan Shila Amzah...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

Noorkhiriah Diselubungi Bau Kapur Barus Ketika Memandu, Dakwa Hampir Dihalau Entiti Misteri

Cemas, panik dan menggigil lutut, itulah yang dilalui pelakon berbakat besar Noorkhiriah ketika memandu sendirian di sebuah lebuh raya di...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

Syasya Rizal Bengang Disamakan Dengan Babi, Siap Sedia Saman Netizen Biadab!

Isu video tular memaparkan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, tanpa sengaja termakan daging babi sewaktu melancong ke China masih...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Gelagat Anak Kedua Berak Dalam ‘Pool’, Reaksi Nabil Mahir Pula Buat Netizen Terhibur!

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Aali Mateen yang terberak di dalam...

Read more
by Naddy Joe
July 15, 2025
Lokal

Natasha Hudson Bersuara Selepas Netizen Persoal Dia Tinggal Di Kampung?

Umum mengetahui, pelakon jelita Natasha Hudson kini memulakan kehidupannya secara sederhana di kampung selepas bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya,...

Read more
by Naddy Joe
July 15, 2025
Lokal

Raja Atiq Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isteri-“Peliharalah Isteri & Anakku..”

Pelakon, Raja Atiq menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir isterinya, Alia Natasha dalam satu hantaran di media sosial, baru-baru ini....

Read more
by Naddy Joe
July 15, 2025
Lokal

[VIDEO] “Kita Punya Kampung, Perempuan Takda Kirja” – Lelaki Bangladesh Mengeluh Wanita Malaysia Bekerja

Satu video tular di TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki warga Bangladesh meluahkan rasa terkejutnya melihat ramai wanita...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

Abdul Fattah Mohd Amin, atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin, ialah seorang pelakon, penyanyi, dan model Malaysia yang telah mencipta...

Read more
by Amirul Fikry
July 15, 2025
Lokal

[VIDEO] Iqie insomniacks Nyanyi Dangdut Buatkan Peminat Teruja-“Introvert Dia Dah Hilang”

Syed Mir Iqbal, lebih dikenali sebagai Iqie, ialah vokalis utama dan gitaris kumpulan pop rock Malaysia, Insomniacks, yang berpangkalan di...

Read more
by Amirul Fikry
July 15, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  3. 3

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  4. 4

    Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, 3 Mantan Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    “Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem