• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ada Orang ‘Tabur Barang’ Dekat Kedai Saya”- Syed Ali Dedah Disihir Pihak Tidak Bertanggungjawab

"Ustaz itu kata mungkin ada yang berdengki melihat perniagaan saya semakin berkembang" - Syed Ali

by Khai Azfar
July 29, 2021
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan Syed Ali mendedahkan bahawa terdapat cubaan sihir telah dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap dirinya dan rakan dipercayai akibat rasa cemburu dengan perniagaan yang dijalankan.

‘Tabur Barang’ Depan Kedai 

Menerusi laman Instagram nya pada Rabu, rata-rata peminat dan pengikutnya terkejut dengan perbuatan individu tersebut selepas Syed berkata ada pihak yang sering kali datang di hadapan kedainya dalam keadaan mencurigakan.

“Inilah akibatnya bila baik sangat dengan orang. Dipermainkan, dipijak kepala dan kena sihir pula kesudahannya. Masalahnya lagi kau sihir, lagi maju bisnes aku. Aku angin betullah. Tidak apalah abang cuba sabar lagi.

“Dulu abang tidak percaya fasal sihir ini. Tapi sekarang bila sudah terkena kena pekalah. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pun kau ganggu tabur-tabur barang.

“Orang macam ini tidak takut dosa barangkali. Patutlah kau muncul depan kedai aku banyak kali rupanya tabur barang syirik kau itu. Abang malas nak berdiam diri dah, makin menjadi pula,” tulisnya

Jadi Panas Baran 

Ketika dihubungi Murai.my, Syed berkata dia mula menyedari akan perkara aneh tersebut sekitar April apabila rakan perniagaannya mengalami penyakit misteri. Malah dirinya sendiri turut mengalami perubahan yang ketara apabila menjadi seorang yang panas baran serta turut berasa sakit di beberapa bahagian anggota badannya.

Namun, kerana sejak kebelakangan ini pelbagai kejadian aneh terus berlaku, pelakon Mat Rukun ini nekad menjalani rawatan perubatan secara Islam.

“Sebenarnya dah kena masa April lagi sewaktu saya menjalani penggambaran di Kota Kinabalu Sabah. Bila saya pulang ke Semenanjung berikutan pelaksanaan PKP berlakunya perkara pelik”

“Minggu ini baru saya sedar sebab rakan bisnes saya asyik muntah-muntah, ulang-alik ke hospital tak jadi apa. Habis duit beribu pun masih tiada kesan.Jadi saya minta tolong pengamal perubatan secara Islam dan beritahu perkara yang terjadi”

“Sebenarnya saya dah jangka perkara seumpama ini pasti akan berlaku. Saya mula-mula ikhtiar secara moden dahulu kerana enggan berprasangka buruk namun apabila saya pun terkesan apabila sering kali marah dan berasa serba tak kena saya dapatkan rawatan susulan secara Islam”

“Ustaz itu kata mungkin ada yang berdengki melihat perniagaan saya semakin berkembang dan dia sendiri cakap ‘benda’ ini ada di kedai saya bukan di rumah.Jadi bila dah ‘terkena’ di kedai ia berlarutan sampai ke rumah. Sakit tulang, bengkak sana sini dan rasa terhuyung-hayang, yang peliknya bila dah keluar seperti duduk di hospital tiada pula simptom seperti itu” katanya kepada Murai.my

Dalam perkembangan lain, Syed bersyukur kerana perniagaan produk berasaskan sabun pewangi fabrik miliknya, Be Fresh bertambah baik. Jelas Syed, ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, syarikatnya tidak terlalu terkesan berikutan mempunyai wang simpanan yang mencukupi selama ini.

Berpesan kepada orang ramai serta rakan-rakan selebriti yang lain agar sediakan payung sebelum hujan, Syed mengharapkan agar perniagaannya ini mampu memberi inspirasi serta peluang kepada orang ramai untuk mencari sumber pendapatan sampingan.

“Tidak naik dan tidak turun. Saya bersyukur kerana hasil promosi dan kerjasama pasukan saya mampu menjadikan produk kami relevan ketika PKP”

“Pada saya simpanan itu sangat penting. Sebagai seorang selebriti apa yang saya buat, saya simpan duit saya itu dan kawalan kewangan memang kena jaga dan berhati-hati” katanya.

Bakal Tampil Dalam Sebuah Filem 

Mengenai karier seni nya, ujar Syed dia bukanlah berundur secara total di dalam industri sebaliknya hanya menerima tawaran tertentu mengikut kesesuaian watak yang diperolehi selain memfokuskan perniagaan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Syed Ali Tar Mohd (@syedalitarmohd)

Kongsinya lagi, dia masih terikat dalam penggambaran sebuah filem namun terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi mematuhi pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sekadar info, Syed merupakan pelakon asal yang dicadangkan membintangi drama Ayahanda terbitan Zeel Productions yang kini hangat ditayangkan di TV3. Namun, kerana terikat dengan penggambaran lain dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

artis disihirsyed ali
https://lomp.at/kn6r0
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Lokal

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

by Naddy Joe
January 2, 2026

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  5. 5

    Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore