Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Pusing-Pusing Jumpa Balik” – Zarul Husin Titip Pesanan Buat Rakan Artis, Elakkan Saling Bermusuh

"Ada perkara perlu let go, kita let go saja" ujar Zarul

by Khai Azfar
August 4, 2021
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon Zarul Husin menitipkan pesanan buat rakan-rakan selebriti untuk tidak saling bermusuh antara satu sama lain.

Zarul Enggan Bermusuh

Menyifatkan industri hiburan ini seperti kecil, ujar Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin,46 dia enggan bermusuh dengan mana-mana pihak terutamanya selebriti. Malah ujar Zarul , perselisihan faham pasti akan terjadi namun ia haruslah diselesaikan secara baik dan matang.

“Saya sebenarnya tiada kawan-kawan rapat dalam kalangan artis sebab saya memang hidup dalam gelembung saya sendiri. Ketika bertugas sebagai pramugara, kawan-kawan saya adalah rakan sekerja, apabila berlakon, produksi dan kru menjadi kawan saya. Macam itulah sebaliknya dan tak ada nak bergaduh dengan sesiapa”

“Terasa hati itu memang ada tapi buat bodoh sajalah. Lagipun semua dah dewasa, matang dan boleh berfikir dengan bijak. Ada perkara perlu let go, kita let go saja” ujar Zarul

Harap Saling Bermaafan

Dalam pada itu, bekas pramugara ini turut kesal apabila terbaca mengenai isu pertelingkahan melibatkan beberapa orang selebriti baru-baru ini.

“Saya kesal juga benda-benda macam ini boleh berlaku. Pada saya sebagai orangg lama, kenalah fikir 2-3 kali untuk bertindak dalam sesuatu sebab industri kita kecil sahaja. Pusing-pusing jumpa balik, lebih baik saling memaafkan sesama kita” kongsi Zarul

Lagu Baru Sentuhan Ajai

Zarul ditemui Murai.my pada majlis sidang media maya pelancaran single terbaharunya, Sepenuh Hati pada Isnin. Mengulas lanjut mengenainya, Zarul akui begitu teruja dapat bekerjasama dengan komposer dan penulis lirik terkenal, Ajai dan Iman Imran.

“Saya dah lama menaruh harapan untuk mendapatkan lagu ciptaan komposer dan penulis lirik hebat yang telah memenangi banyak anugerah sebelum ini, Ajai dan Iman Imran. Macam Ajai sendiri, sepanjang saya bergelar penyanyi saya tidak pernah mendapat hasil sentuhan beliau, jadi bila dapat peluang ini ia seperti bulan jatuh ke riba” kongsinya

View this post on Instagram

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella)

Menariknya mengenai single ini, Ajai berkata selain mempertaruhkan irama balada, Sepenuh Hati juga mempunyai elemen latin seperti lagu popular Umbrella ‘Bukalah Hatimu’. Malah, Ajai turut menggambarkan ia seperti ketenangan dalam lagu. Sebagai info, single dan video muzik Sepenuh Hati telah berada di semua platform digital untuk dilayari.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
zarul umbrella
https://lomp.at/zzmt4
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem