Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Ini Usaha Untuk Menjahanamkan Saya”- Tauke Jambu Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

by Naddy Joe
August 4, 2021
via Berita Harian

via Berita Harian

Share on Facebook

Semalam kecoh di media sosial mengenai isu seorang pelawak terkenal berusia lingkungan 40-an ditahan polis setelah didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Walaupun sehingga kini masih menjadi persoalan siapakah “pelawak” yang dimaksudkan, ramai netizen mendakwa bahawa pelawak yang dimaksudkan adalah Tauke.

Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Menurut Utusan Nasional, Tauke Jambu atau nama sebenarnya Zamratul Zakaria memberitahu bahawa beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang fitnah dan menyebarkan maklumat palsu yang mengaitkannya dengan isu tersebut.

“Ini usaha untuk menjahanamkan saya

Saya tidak rasa apa-apa kerana memang saya tidak bersalah. Saya pelik macam mana nama saya boleh dikaitkan”- jelas Tauke

Tauke turut menjelaskan bahawa atas nasihat peguam, beliau tidak dapat memberikan sebarang komen.

“Insya-Allah saya akan ambil tindakan undang. Saya telah hubungi peguam dan akan berjumpa dengannya hari ini atau esok untuk membincangkan tentang perkara ini. “-Kata Tauke Jambu kepada Utusan Nasional

Siapakah pelawak yang ditangkap oleh polis itu ya?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tauke Jambu
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  2. 2

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

  3. 3

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  4. 4

    Dituduh Biarkan Ibu Terkontang-kanting, Marissa Dania Jawab Pedas Kecaman Netizen

  5. 5

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara