Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Erma Fatima & Umie Aida Menangis Terharu Lihat Betty Rahmad Kini Berhijab

Ramai rakan-rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa gembira melihat penampilan terbaharu Betty

by Khai Azfar
August 13, 2021
201
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Datin Seri Umie Aida dan Erma Fatima gagal menahan perasaan sebak apabila adik kesayangan mereka yang juga pelakon dan penyanyi, Betty Rahmad mengumumkan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya.

Banyak Faktor Betty Berhijab 

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Menerusi Instagram Live pada petang Khamis, Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad, 40, terdapat beberapa faktor yang membuatkan dia nekad untuk berhijrah termasuklah rutin mengaji yang dibuatnya pada setiap awal pagi.

“Sebenarnya ini semua doa dari saya. Setiap kali solat saya akan berdoa untuk menjadikan saya lebih baik, diberi hidayah dan dijadikan orang beriman. Saya terdetik, saya tengok anak saya dah pandai mengaji dan baca iqra manakala saya yang dah umur berapa ni tak lancar lagi”

“Saya akan mula mengaji selepas Subuh dan selalunya saya akan baca surah Ar-Rahman dan Al Waqiah setiap Isnin hingga Jumaat”

“Itu adalah rutin saya sekarang setiap hari akan bangun pukul 4.30 pagi. Saya akan buat solat tahajud, solat taubat dan doa. Selepas itu, selepas Subuh saya akan ke ruang balkoni di hadapan rumah dan mengaji disitu”

“Namun, saya tersentuh setiap kali membaca ayat yang bermaksud ‘nikmat Tuhan yang mana engkau dustakan?'”

“Saya selalu terdetik daripada dulu apa saya nak Allah akan bagi, saya dapat suami yang penyayang, anak yang MasyaAllah bijak sangat dan ketika ini ada bisnes yang masih berjalan sedangkan orang lain struggle. Benda-benda itu buat saya jatuh cinta dengan Al-Quran sampai saya tak boleh nak tinggal bacanya setiap hari terutamanya surah Ar-Rahman dan Al Waqiah.” kongsi Betty

Sempat Beli Tudung Siti Sarah

Selain itu, kisah Allahyarhamah Siti Sarah juga telah membuatkannya terkesan kerana Betty sempat membeli tudung jenama penyanyi itu sebelum membuat keputusan untuk berhijab usai membaca doa akhir tahun hijrah.

“Sebelum arwah Siti Sarah sakit, seminggu tu saya ada order tudung dia. Tapi saya tak beritahu dia pun, kalau saya DM nak beli mesti dia tak bagi.

“Jadi, lepas beli, saya tunjuk pada suami, dia tanya nak pakai ke? Saya jawab belum lagi tapi memang terdetik nak belajar.

“Saya tak pandai nak pakai macam mana, memang struggle sangat! Lepas arwah meninggal dunia, saya putuskan betul-betul saya nak pakai tudung.

“Ketika membaca doa akhir tahun hijrah, saya nak pakai tudung sebab saya dah tak ada apa lagi saya nak. Saya tak tahu apa nak dikejar lagi” katanya

Umie dan Erma yang turut sertai sesi siaran langsung itu meluahkan rasa terharu melihat perubahan tersebut dan menyifatkan kelas pengajian yang disertai mereka dan beberapa selebriti lain sebagai salah satu hikmah buat Betty untuk berhijab.

“Alhamdulillah. Saya sangat gembira. Berkat majlis ilmu, yang mu buat pagi-pagi. Berkat baca Ar-Rahman. Allah Maha Pengasih, Dia akan bagi pada hambaNya hidayah. Itu sangat betul” ujar Umie

“Ku ingat mu pakai tudung main-main. Sebenarnya ku tengok mu buat mengaji pagi-pagi ini kan, dekat dalam hati ku ini terdetik akan sampai hari dia pakai tudung dalam masa terdekat. Tadi masa buka live, eh aku ini bermimpi ke. Macam tak percaya” tambah Erma

Sebelum itu, Betty terlebih dahulu berkongsi foto dirinya memakai tudung berwarna biru selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya di ruangan kapsyen.

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Di ruangan komen, ramai rakan-rakan selebriti dan peminat meluahkan rasa gembira melihat penampilan terbaharu Betty yang kelihatan begitu manis berhijab selain turut mendoakan agar dirinya terus beristiqamah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER betty rahmaderma fatimaUmie Aida
Share80Tweet50SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Filem

‘Filem Haprak, Fitnah & Meloyakan’- Suami Umie Aida, Khairuddin Kritik Filem ‘Anwar The Untold Story’

by Phic ARMAN
May 19, 2023
Gossip

Erma Fatima Kesal Rakyat Malaysia Tak Hargai Perjuangan Anjur Program Islamik?”-Di Mana Orang Islam..”

by Naddy Joe
February 17, 2023
Fesyen

‘Allah Hajjah Ku Sayang’- Penampilan Zahida Rafik Buatkan Netizen Mengata

by Zaidin Albert
December 29, 2022
Gossip

“Dah 2 Malam Tak Tido Lena!” – Erma Fatima Komen Isu Kemelut Politik Negara

by Naddy Joe
November 22, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  5. 5

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan