Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Mila Jirin & Heliza Helmi Sedih Mahiaddin Yassin Bakal Letak Jawatan

Pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet mengenai khabar berita tersebut

by Khai Azfar
August 16, 2021
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita mengenai Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau hari ini mula tersebar luas sejak Ahad apabila figura itu dikatakan telah hilang undi majoriti daripada ahli parlimen.

Sedih PM Bakal Letak Jawatan 

Susulan itu, pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet mengenai khabar berita tersebut termasuklah buat penyanyi Mila Jirin dan Heliza Helmi. Meluahkan rasa sedih dan pilu, kedua-dua bekas bintang Akademi Fantasia itu menyifatkan begitu banyak jasa yang telah diberikan oleh Mahiaddin atau juga lebih dikenali sebagai Muhyiddin.

Mila Menangis 

Menurut Mila, sebagai seorang usahawan berita tersebut begitu memberikan kesan terhadapnya sehingga dia kelihatan menangis teresak-esak menerusi sebuah video yang dimuatnaik nya di laman Instagram. Jelasnya, Muhyiddin telah membantu meringankan bebannya dan usahawan-usahawan lain dengan memberikan subsidi upah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah pun sedih kalau Perdana Menteri nak letak jawatan sebelum ini.

“Tapi mungkin … Sebab dia bantu aku. Dia bantu aku,” luah Mila sambil mengalirkan air mata.

Dalam pada itu, pelantun Persis Mutiara ini turut menegaskan bantuan yang diterima nya bukanlah dibayar secara peribadi namun ia merupakan susbsidi upah pada majikan untuk dibayar kepada gaji pekerja.

“#Astaghfirullah ada yang fitnah saya dibayar??? Ya Allah subsidi upah bayar pada majikan untuk bayar gaji pekerja… Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya…

Salahkah sebagai hamba Allah untuk MENGUCAPKAN TERIMA KASIH kepada mereka yang membantu?” tulisnya

View this post on Instagram

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Heliza Sebak 

Bagi Heliza pula, dia berasa sebak kerana bukan mudah untuk Muhyiddin menggalas tanggungjawab penting tersebut selama ini. Di kesempatan tersebut, Heliza turut mendoakan agar Muhyiddin dan semua rakyat Malaysia dipermudahkan segalanya.

“Ya Allah..sebaknya. Bukan mudah nak berada di posisi Abah, perjuangan Abah, pengorbanan Abah. Ya Allah..berikanlah yang terbaik untuk Abah dan kami semua, rakyat Malaysia..sebuah negara yang Engkau redhai. Pandu kami Ya Allah” kongsi Heliza

Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my terkini mendapati hantaran tersebut telah pun dipadam oleh Heliza berikutan mendapat kecaman daripada segelintir warganet di laman Twitter.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: heliza helmimila jirinTan Sri Muhyiddin Yassin
Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics
Lokal

Anugerah Juara Lagu 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Alha Alfa Cosmetics

by Aphit J.
January 28, 2023
Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival
Lokal

Festival Cahaya Israk Mikraj Gabung Tokoh & Figura Islam Terkenal Dalam Satu Festival

by Aphit J.
January 28, 2023
Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’
Gossip

Aliff Syukri Kongsi Tips Membesarkan Kemaluan, Netizen Kritik- ‘Saya Tengok Video Ni Pulak Segan’

by Naddy Joe
January 27, 2023
Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”
Gossip

Aksi Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Selepas Solat Cetus Kritikan Netizen?- “Solat Pun Buat Content?”

by Naddy Joe
January 27, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan