Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Suami Nia Ramadhani Mahu Larikan Diri, Peguam Tampil Jelaskan Apa Yang Berlaku

isu tersebut telah dinafikan oleh oleh peguamnya, Wa Ode Nur Zaenab

by Naddy Joe
August 17, 2021
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Suami kepada Nia Ramadhani, Ardi Bakrie kini menjadi bualan ramai setelah tersebar khabar angin yang mengatakan beliau cuba untuk melarikan diri dari pusat rehabilitasi dan mengalami kemalangan di Tol Jagorawi.

Menurut KOMPAS, isu tersebut telah dinafikan oleh oleh peguamnya, Wa Ode Nur Zaenab  tampil menjelaskan apa yang berlaku pada anak guamnya itu.

Nafi Ardi Bakrie Larikan Diri Dari Tempat Rehabilitasi

“Maklumat itu salah. Maklumat tidak benar dan cenderung fitnah.”- jelas Wa Ode

Sedang Fokus Untuk Jalani Rehabilitasi

Wa Ode turut memberitahu bahawa Ardi  kini sedang memberi tumpuan untuk menjalani rehabilitasi.

“Ardi dan Nia sedang giat ikuti program. Tujuan mereka adalah untuk sembuh dengan cepat, mahu jalani aktiviti seperti masyarakat umum dan berikan karya-karyanya yang terbaik.”- tambahnya

Sebelum ini, Ardi mengalami kemalangan ketika berlatih sukan tinju. Pada ketika itu, Ardi terjatuh dan kepalanya terhantuk di lantai.

Nia Ramadhani Terkejut & Sedih

Peguam kepada Ardi  itu juga menjelaskan bahawa Nia terkejut dan sedih apabila mengetahui suami terjatuh ketika bersenam.

“Saya berjumpa dengan Nia yang terkejut, sedih tapi cukup kuat saya lihatnya.” ujarnya

Keadaan Terkini Ardi Bakrie

Susulan itu, Wa Ode tampil menjelaskan keadaan terkini Ardi setelah mengalami kemalangan tersebut.

“Kata jurulatih, hentakan pada bahagian belakang kepala agak kuat. Petang itu dia terus dibawa ke hospital di Bogor. Kemudian dirujuk ke Jakarta dan sampai saat ini dirawat di  hospital tersebut.”-  dedah Wa Ode

Sebagai info, Nia ditahan oleh pihak polis di rumahnya yang terletak di kawasan Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan, pada petang Rabu (7/7), dengan 0.78 gram dadah jenis syabu bersamanya. Selain itu, pemandu Nia juga ditahan.

Pada  hari yang sama, Ardi datang menyerah diri di Polres Metro Jakarta Pusat (Central Jakarta Metro Police). Ketiga-tiganya kemudian melalui ujian air kencing dan disahkan positif dadah jenis syabu.

ardi bakrienia ramadhani
https://lomp.at/i7aio
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem