Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Dituduh Terima Bantuan Peribadi Berpuluh Ribu, Giliran Mila Jirin Pula Saman Netizen!

Mila akan saman malu terhadap netizen tersebut

by Khai Azfar
August 19, 2021
25
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin menerusi sebuah hantaran komen di Facebook telah menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang netizen yang dikenali sebagai Afiq Mohd.

Mila Difitnah 

Mila, atau nama sebenarnya Norsyarmilla binti Jirin berkata lelaki itu telah memfitnahnya menerima wang berjumlah RM76 ribu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan RM38 ribu pada fasa seterusnya. Susulan itu, Mila teruk dikecam oleh netizen lain sehingga turut menjejaskan reputasinya.

“Peguam saya telah mengambil kes ini untuk ambil tindakan kepada encik Afiq di atas apa yang telah dibuat.

“Kesemua komen yang telah berlaku di ruangan facebook encik Afiq juga telah diteliti dan diambil screenshort.

Pihak guaman saya telah menasihati saya dan juga tindakan lanjut akan diambil kepada encik Afiq. Terima Kasih,” tegasnya.

Bukan Bantuan Peribadi 

Sebelum itu, Mila terlebih dahulu menjelaskan bahawa bantuan subsidi upah yang diterima sebelum ini bukanlah bersifat peribadi sebaliknya majikan lain sepertinya turut menerima bantuan kerajaan yang sama sepertinya.

“Untuk catitan dan kefahaman Encik Afiq, saya hanya mensyukuri bantuan yang diterima. Bantuan subsidi upah.

“Bantuan ini bukan diterima oleh saya sahaja malalah ratusan ribu majikan lain juga menerima manfaat yang sama untuk menampung para pekerja.

“Hasil bacaan saya ianya dah memanfaatkan kepada jutaan pekerja termasuklah para pekerja di Bizmilla.

“Untuk pengetahuan subsidi upah dibayar mengikut jumlah pekerja yang layak. Disebabkan fitnah yang telah dilemparkan ini. Ia telah menjejaskan reputasi saya,” jelas pelantun Persis Mutiara ini

Terdahulu, nama Mila tular di media sosial berikutan meluahkan rasa sedihnya mengenai perletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

https://www.instagram.com/p/CSleQa1AAfh/

Mila yang kelihatan menangis teresak-esak menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya, turut berterima kasih atas jasa Muhyiddin selama ini yang menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk dirinya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
milamila jirin
https://lomp.at/lis8v
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem