Thursday, August 18, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Wajib Tonton, 6 Fakta Penting Tentang Spider-Man: No Way Home!

by Sofie Azizlan
August 29, 2021
Foto - Marvel.com

Foto - Marvel.com

26
KONGSIAN
Share on Facebook

Ramai yang tak sabar sebenarnya nak tunggu filem terbaru daripada Marvel Studios dan Columbia Pictures iaitu Spider-Man: No Way Home! Dalam filem kali ini, Tom Holland masih memegang watak sebagai Peter Parker.

Tetapi apa yang menariknya, sudah ada beberapa trailer telah dibocorkan di internet dan ada beberapa kemunculan superhero yang kamu sendiri tak sangka akan ada. Nak tahu lebih lanjut, jom baca 6 fakta penting tentang filem yang akan datang ini.

#1 Ditayangkan Pada Akhir Tahun 2021 

Spider-Man: No Way Home adalah sekuel daripada filem Spider-Man Homecoming dan Spider-Man: Far From Home. 

IKLAN

Foto – Los Angeles TImes

Pengambaraan filem ini berlangsung di Los Angeles dan Iceland dan telah selesai pada bulan Mac lalu. Tayangan perdananya di Amerika Syarikat dijadualkan pada akhir tahun ini, 17 Disember 2021.

#2 Trailer Bocor Di Internet 

Ramai yang terkejut baru-baru ini melihat trailer Spider-Man: No Way Home yang bocor dan tular di internet. Trailer tersebut dibocorkan sebelum Sony Pictures sempat melancarkan secara rasmi. Tetapi pihak Sony telah melakukan kerja dengan pantas iaitu membuang trailer terbabit dengan segera.

Foto – Entertainment Weekly

#3 Ada Doctor Strange!

Dalam trailer yang dibocorkan, ramai yang menjadi teruja melihat penampilan Doctor Strange yang dimainkan oleh Benedict Cumberbatch. Doctor Strange berperanan dalam mencari kaedah untuk mengembalikan semula identiti rahsia Peter Parker sebagai Spider-Man.

Foto – Deadline

#4 Dr. Octopus Jadi Musuh Spider-Man

Tak terlepas juga penampilan Dr. Octopus (Alfred Molina), yang menyambut Peter Parker iaitu musuhnya dalam filem Spider-Man 2 yang lalu. Dr. Octopus dikatakan bakal menghancurkan bandar-bandar ketika Peter Parker menghadapi beberapa masalah yang menimpanya.

Foto – Marvel Blog

#5 Identiti Spider-Man Dibocorkan?

Dalam salah satu adegan trailer yang bocor itu, ramai yang terkejut melihat identiti Peter Parker sebagai Spider-Man telah dibocorkan. Kini penduduk New York City mengetahui Peter Parker merupakan individu yang berada di sebalik kostum Spider-Man kerana Mysterio.

Foto – Time Magazine

Tetapi kemunculan Doctor Strange yang sedia membantu Peter untuk menyelesaikan masalahnya. Peter meminta Doctor Strange untuk menghalang Mysterio daripada dedahkan identitinya.

#6 Peter Parker Disisihkan 

Dalam filem ini, Peter didakwah telah disisihkan oleh masyarakat. Ini kerana Peter telah didakwa membunuh Mysterio dan telah disoal siasat atas tuduhan itu. Rakan-rakan Peter yang setia menemannya juga menghadapi beberapa masalah.

Foto – The News Fetcher

Jadi itulah 6 fakta penting tentang Spider-Man: No Way Home yang perlu kamu tahu. Bagi peminat Marvel Cinematic Universe, jangan terlepas menonton filem ini okay?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: doctor strangepeter parkerSpider-Man : No Way Hometom hollandZendaya
Share10Tweet7SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Malam Gala Pengabdi Setan 2: Communion Di Kuala Lumpur Dibanjiri Artis Terkenal!
Filem

Malam Gala Pengabdi Setan 2: Communion Di Kuala Lumpur Dibanjiri Artis Terkenal!

by Phic Arman
August 10, 2022
Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton
Filem

[REVIEW & GIVEAWAY] Pengabdi Setan 2: Communion, Dia Punya ‘Jump Scare’ Memang Setan!

by Phic Arman
August 4, 2022
‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia
Filem

‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

by Hakim Faz
July 28, 2022
Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton
Filem

Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton

by Phic Arman
July 27, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  4. 4

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  5. 5

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera