Aktor Bollywood, Sanjay Dutt dan anak lelakinya Shahraan Dutt menjadi perhatian setelah video mereka berjalan memakai tongkat tersebar di media sosial.
Berjalan Menggunakan Tongkat
Menerusi Insta Stories, isteri kepada Sanjay iaitu Manyata Dutt mendedahkan keadaan terkini suami dan anak lelakinya berserta kapsyen yang menyokong kesembuhan mereka.
“Bapa dan anak dalam perjalanan untuk sembuh”- kongsi Manyata
Dalam hantaran itu, Sanjay dan Shahraan dilihat sedang berjalan menggunakan tongkat dan bertatih untuk mengelakkan kaki yang luka menyentuh lantai. Sebagai info, aktor ini mengalami kecederaan ketika bermain sukan badminton. Manakala, anak lelakinya pula alami kecederaan ketika melakukan aktiviti di sekolah.
Sanjay pernah didiagnosis kanser paru-paru setahun yang lalu sehingga membuatkan aktor ini terpaksa menjalani proses untuk sembuh yang sangat lama. Kemudian, Sanjay mengalami pula kecederaan yang memaksanya berjalan menggunakan tongkat.
Get well soon, Sanjay Dutt!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.