Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Hampir Berkahwin Dengan DSV, Iqbal Beli Jam Tangan Harga Setengah Juta!

"Jadi selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan" jelas Iqbal

by Khai Azfar
August 30, 2021
109
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, kisah di antara dua figura sensasi Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal kembali hangat diperkatakan.

DSV Anggap Iqbal Terlalu Muda 

Segalanya bermula apabila rakan DSV yang juga jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri yang mahu usahawan itu berkahwin saja dengan Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli. Menerusi artikel Murai.my terdahulu, DSV bagaimanapun menyifatkan Iqbal terlalu muda buatnya dan ingin mencari teman hidup yang seangkatan dengannya.

“Tak adalah. Kita kena cari orang yang sama dengan kita, separuh abad ini”, ujar DSV

Akui Hampir Berkahwin Dengan DSV

Namun, sebaliknya buat jejaka berusia 27 tahun itu. Menerusi sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada pihak media, Iqbal berkata mereka hampir berkahwin. Namun, diatas beberapa faktor termasuk ingin menjaga hati puteri DSV yang juga merupakan pelakon dan penyanyi baharu, Iqbal lebih selesa untuk berkawan baik dengan jutawan itu.

“Dari saya masih belajar di ASWARA, menjadi pembantu peribadi, hingga dibuang kerja dan sampailah saya ada rangkaian perniagaan sendiri hingga disebut sebagai Orang Kaya Baru olehnya, saya masih Iqbal yang sama. Jujur hati itu masih ada menaruh kepadanya.

“Malah saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan. Lagipun dia sudah pernah berdepan kegagalan rumah tangga dan perasaan keluarga juga perlu dijaga.

“Masa dia bercerai pun, saya ada disisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu. Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi,

“Perasaan anaknya, Cik B pun perlu dijaga. Cik B sendiri tak mahu ibunya bercinta dengan sesiapapun. Barangkali sebagai anak, Cik B tak mahu ibunya terus terluka.

“Jadi selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan. Bercinta itu juga tidak semestinya memilikikan? Dalam sehari kami boleh berborak dua tiga jam bercakap soal bisnes.

“Malah kalau ada masalah itu ini termasuk perihal staf, dia akan luah. Saya suntik semangat kepadanya jika dia ‘down’. Kalau dia nangis pun, nangislah jika itu membahagiakan,” kongsi Iqbal

Sayang DSV, Umur Bukan Penghalang

Bercakap mengenai perkongsian video DSV dan Alif sebelum ini, Iqbal turut memuat naik sebahagian klip video berkenaan dan dikongsi di laman Instagramnya.

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Bagi Iqbal yang turut meneroka dunia niaga produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi (Iba Perfumes), kisahnya dengan usahawan berusia 49 tahun berkenaan agak merumitkan.

“Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, persoalan jodoh dan kahwin sering diajukan. Malah dulu sampai satu tahap saya dianggap ‘anak ikan’nya apabila ada yang tidak tahu hubungan kami antara majikan dan pekerja.

“Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Datuk Aliff petik balik kisah ini. Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Datuk Seri Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya.

“Tapi saya tahu kenyataan sebegini akan menjerat diri. Siapalah saya ketika itu nak mendekatinya yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya,” katanya.

Namun secara peribadi, Iqbal tidak melihat faktor umur sebagai penghalang biarpun mempunyai jarak usia 22 tahun antara mereka.

Beli Jam Harga Setengah Juta 

Dalam perkembangan lain, Iqbal turut menjawab kisah mengenai jam tangan mewahnya yang tular di media sosial baru-baru ini. Manakan tidak, dua utas jam tangan berjenama Hublot itu dibelinya secara tunai di sebuah pusat beli belah di ibu kota. Difahamkan, harga tersebut mencecah RM550,000 dengan setiap satu bernilai RM400,000 dan RM150,000.

Turut mencuri perhatian warganet, premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf melayannya.

“Saya menerima kecaman bertalu talu juga di kalangan netizen apabila memuat naik video membeli jam berkenaan pada 22 Ogos lalu.

“Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik COVID-19 ini.

“Tapi saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial,” katanya lagi

Tegas anak ketiga daripada lapan beradik daripada Pasir Mas, Kelantan ini, dia seboleh bolehnya mahu menyembunyikan ‘kemewahan’ yang dimiliki.

“Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil.

“Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang.

“Kalau kita serius, ada matlamat dan misi, semua ini takkan mustahil. Yang penting usaha dan kesungguhan itu pasti berbaloi dan dibuka jalan. Saya juga tak pernah main main selama ini saat menceburi dunia perniagaan,” tambahnya

Sekadar info, Iqbal bermula perniagaannya dengan bermodalkan RM500. Ketika itu, dia menerokai perniagaan produk kecantikan kulit sebelum menumpukan perniagaan minyak wangi mesra wuduk dari Perancis.

[VIDEO] Gelagat Cik B Ubah Muka 'Prank' DSV Raih Perhatian Ramai!-"Takut Pulak Tengok Camtu"
Ahmad Iqbal Zulkeflidsv
https://lomp.at/liqjg
Share44Tweet27SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem