Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Tak Perlu Kejar Karya Baharu , Hampir Semua Lagu Sufian Suhaimi Sedap Didengar!

Lagu baharu penyanyi ini berjaya 'menangkap perasaan' dengan suara serta bait lirik yang cukup mendalam

by Khai Azfar
September 1, 2021
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Sufian Suhaimi tidak perlu lagi diperkenalkan apabila hampir semua lagu milik penyanyi ini mudah diterima oleh peminat dan pendengar.

Tampil Dengan Cinta Tak Bertepi

Biarpun suaranya pernah dikritik oleh segelintir netizen, namun keunikannya itulah yang menjadikan berbeza dan mudah dikenali ramai. Buktinya, dengar sahaja suaranya di mana-mana sudah pasti akan terdetik inilah suara milik penyanyi berusia 29 tahun ini. Selepas setahun tidak menghasilkan single baharu, kini Sufian tampil dengan lagu Cinta Tak Bertepi yang mula mencuri perhatian sejak 26 Julai lalu.

Tidak perlu mengejar terlalu banyak karya dalam sesuatu jangka masa, setiap kali tampil dengan lagu baharu penyanyi ini berjaya ‘menangkap perasaan’ dengan suara serta bait lirik yang cukup mendalam hasil nukilan komposer dan penulis lirik terkenal. Ini termasuklah karyaan ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Saleh yang kini mendapat lebih 140 ribu tontonan video lirik di laman YouTube.

Gembira Dengan Penerimaan Lagu Baharu

Bagi Sufian sendiri dalam sebuah kenyataan kepada media, jumlah tontonan video lirik tersebut sudah cukup menggembirakannya kerana lagu berentak pop balada itu dilancarkan dalam suasana yang penuh kekangan dek pandemik Covid-19.

“Bagi saya, apa yang dapat sekarang ini dah baik sebenarnya, sebab waktu kita release lagu Cinta Tak Bertepi ini adalah waktu yang agak lama selepas single Janji, iaitu setahun lebih. Cinta Tak Bertepi ini tidak dapat dipromosikan seperti apa yang kita rancang.

“Tak kisahlah berapa banyak view pun, asalkan lagu ini didengari oleh ramai orang. Untuk lagu ini memang ada sedikit kelainan dari segi lirik dan cara nyanyian saya berbeza daripada lagu-lagu sebelum ini. Dari segi melodi tak terlalu sedih. Kalau orang biasa dengar lagu saya selalunya betul-betul sedih tapi Cinta Tak Bertepi ini adalah sebuah lagu ringan dan santai,” kata Sufian

Menariknya lagi, Sufian juga tidak mengambil masa yang lama untuk merakam lagu ini kerana sejak pertama kali mendengar demo lagu tersebut, hatinya juga telah tertarik sama seperti kami yang pertama kali mendengarnya. Difahamkan,Sufian turut membuat perancangan untuk mengadakan persembahan secara virtual untuk peminat-peminatnya selain rancak mempromosi produk baharu Zikir Pillow keluarannya, Guitar Pillow iaitu kolaborasi babypian.hq X Haqiem Rusli.

Hattan, Jamal Abdillah Antara Yang Turut Serta, Cara TV AlHijrah Sambut Ambang Tahun Buka Mata Masyarakat

Video muzik lagu Cinta Tak Bertepi boleh ditonton di laman YouTube rasmi Aries Music dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, i-Tunes, Deezer dan KkBox.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sufian suhaimi
Share9Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara