Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Tular Di Media Sosial! Syukor Burger Terjual 1 Juta Biji

Terjual sebanyak 1 juta biji pada Ogos lalu sekaligus mencetuskan fenomena nya tersendiri. 

by Khai Azfar
September 3, 2021
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Di laman Twitter, pengguna hangat memperkatakan mengenai Syukor Burger apabila makanan segera itu mendapat pujian ramai kerana mempunyai rasa yang enak serta saiznya yang besar.

Terjual 1 Juta Biji Burger 

Malah difahamkan, jenama burger tersebut yang mendapat nama dari pemiliknya , Syukor Majid,33 mendapat sambutan yang cukup menggalakkan apabila sudah terjual sebanyak 1 juta biji pada Ogos lalu sekaligus mencetuskan fenomena nya tersendiri.

“Saya rasa macam mimpi angka 1 juta itu berjaya dicapai, maklumlah kami baru saja memulakan perniagaan ini sembilan bulan lalu menerusi jenama Syukor Burger. Tapi tak ada yang mustahil dalam dunia ini. Kita berusaha, pasti Tuhan buka jalan.

“Rasa nak menangis apabila usaha berbulan-bulan membuahkan hasil. Niat saya nak bantu buka peluang kerja kerana saat ini ramai yang terputus rezeki dan hilang sumber pendapatan.

“Sebagai usahawan tegar sejak tahun 2010, saya cuba tawarkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada mereka yang terkesan. Saya bukan wakil rakyat atau jauh sekali ahli politik, tapi saya nak bantu mereka yang bergelut,” kata Syukor

Ilham 4 Pagi 

Menurut Syukor, ilham untuk membuka perniagaan rangkaian burger datang secara tiba-tiba. Enggan melepaskan peluang yang ada, Syukor segera berbincang dengan pasukannya untuk menjalankan perniagaan itu tidak lama kemudian.  Ketika ini, Syukor Burger sudah mempunyai lebih 600 buah cawangan gerai seluruh Malaysia.

“Segala galanya bermula apabila tular berita kadar pengangguran naik mendadak akibat pandemik. Terdetik di hati untuk membantu mereka yang tersepit.

“Sekitar sembilan bulan lalu, jam 4 pagi, datang satu ilham untuk berniaga rangkaian burger. Sejam selepas itu, saya whatsapp pembantu peribadi arahkan pasukan kerja untuk hadir mesyuarat tergempar beberapa jam selepas itu. Saya memang tak sempat tidur pun ketika itu.

“Pengetahuan tentang burger masa itu memang ‘zero’. Dalam masa yang betul-betul singkat, kami belajar buat semua, roti, ‘patty’, sos dan mayonis. Alhamdulillah sekarang sebut apa saja jenis burger pun kami sudah pandai buat,” katanya

Lebih mengharukan, bapa kepada dua orang cahaya mata ini juga ingin membantu orang ramai dengan menyediakan peluang pekerjaan khususnya buat mereka yang terhimpit dengan pelbagai masalah dan tekanan.

“Ramai orang yang kekurangan wang. Jadi dalam hal ini mereka tak perlu keluar modal. Gerai burger dan bahan mentah pihak saya sediakan. Mereka hanya perlu fokus berniaga”

“Ramai yang sanggup membayar ribuan ringgit untuk buka francais Syukor Burger. Tapi saya terpaksa tangguh sementara idea membuka francais kerana belum bersedia.

“Saya nak fokus bantu mereka yang tersepit ini dahulu. Sebab dari awal niat nak bantu mereka yang tak ada kerja sekali gus membimbing mereka jadi usahawan sebenar.

“Kalau terjumpa cawangan burger saya, sokonglah. Projek ni banyak bantu bina semula ekonomi mereka. Dengan pendapatan daripada bisnes ni mereka mampu beli susu, lampin pakai buang anak, bayar bil rumah dan sebagainya,” katanya lagi

Terdahulu, Syukor pernah tular mengenai kisah kereta Mustang berwarna merah dipandu isterinya terlibat dalam kemalangan kecil tahun lalu.

Ketika itu kelihatan kereta tersebut menyeberangi sebuah parit di Bertam, Pulau Pinang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Syukor burger
Share26Tweet16SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe Hari Merdeka
Selera

Rai Hari Merdeka Ke-69 Dengan Promosi Menarik Dari Secret Recipe!

by Nurul A.
August 22, 2026

Semasa Malaysia bersiap sedia untuk meraikan Kemerdekaan, Secret Recipe memberi rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berkumpul, berkongsi dan meraikannya...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
LifeXplore

Inside Scoope Himpun 9 Jenama Ikonik Tempatan Menerusi Edisi “Lokal Legends”

by Nurul A.
August 14, 2026

Bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan, Inside Scoop kembali dengan Lokal Legends 2026, kempen tahunan yang meraikan jenama tempatan yang telah...

Read moreDetails
remix
Selera

Secret Recipe Perkenal 4 Hidangan ‘Remix’ Lokal , Khas Untuk Bulan Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 10, 2026

Khas untuk bulan Merdeka ini, Secret Recipe meraikan identiti kulinari negara yang meriah dengan Menu Istimewa Merdeka yang serba baharu,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara