Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Salute! Rozita Che Wan Sanggup Tolak ‘Job’ Sekiranya Selebriti Atau Krew Enggan Divaksin

Che Ta enggan merisikokan diri sendiri serta keluarganya.

by Khai Azfar
September 9, 2021
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan berpendirian tegas untuk tidak mengambil sebarang tawaran berlakon mahupun berkaitan sekiranya terdapat pelakon mahupun krew enggan mengambil vaksin COVID-19.

Che Ta Anggap Tidak Bertanggungjawab 

Via Instagram Rozita Che Wan

Mengulas teguran seniwati Fauziah Nawi yang kecewa dengan tindakan seorang penerbit mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta menyifatkan mereka sebagai golongan yang tidak bertanggungjawab.Menurutnya, ia adalah satu kewajiban buat pelakon untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan selain produksi turut memainkan peranan penting untuk memastikan mereka yang terlibat turut mematuhinya.

“Saya rasa orang seperti itu tidak bertanggungjawab terhadap dirinya dan orang lain. Macam saya pun, saya punya production nak roll drama ini tapi tadi saya dah meeting dengan saya punya PM (Pengurus Produksi), kena make sure semua dah lengkap dua dos vaksin

“Kalau belum ada yang lengkap, minta maaflah kita memang tak boleh nak ambil(tawaran) sebab kita terpaksa ikut ikut peraturan FINAS, tak nak hanya kerana dia seorang then akan libatkan orang lain. Awak kena adil, kena bertanggungjawab.

“Tidak tahulah macam mana boleh lepas kalau ada pelakon yang tidak vaksin sebab kita kena hantar nama yang sudah dua dos dekat FINAS

“Kalau FINAS tahu, saya rasa lesen dia akan ditarik, tak boleh dan saya tak tahu kenapa pelakon itu boleh terlepas dan tidak tunggu. Macam saya, kalau ada pelakon yang kita nak kita tunggu dia sampai dah lengkap vaksin sebab kita pun dah janji dengan dia” ulas Che Ta

Sanggup Tolak ‘Job’, Enggan Ambil Risiko 

Malah, jelas Che Ta, jika terdapat mereka yang enggan divaksin dia sedia berundur diri jika sudah terlibat dalam mana-mana penggambaran kerana enggan merisikokan diri sendiri serta keluarganya.

“Tak nak, saya tak nak ambil risiko sebab saya ada anak masih kecil di rumah” tegasnya

Duta Himaya Terbaru 

Che Ta ditemui Murai.my di sidang media virtual pelancaran warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya), pada petang Rabu. Serentak dengan itu, Himaya turut mengumumkan Che Ta sebagai duta terbaharu mereka dalam edisi khas topeng pelitup muka itu.

Topik Berkaitan Che Ta Anggap Budak Sekolah "Macam Monyet Dan Beruk", Mahu Aaisyah Belajar Di Rumah Sahaja

Bersempena dengan kempen kesedaran kanser, Himaya telah memperkenalkan warna baru berasaskan merah,Blush Rose yang turut dijayakan bersama MAKNA. Bagi setiap pembelian topeng pelitup muka yang diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA) itu, sebanyak RM2 akan didermakan kepada MAKNA.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
rozita che wan
Share19Tweet12SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara