Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Azzam Sham Berhadapan Detik Cemas, Adik Bongsu Diserang ‘Panik Attack’

Azzam dan keluarga bersyukur kerana Azreen berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan susulan

by Khai Azfar
September 10, 2021
96
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada Rabu (8 Ogos 2021), keluarga Azzam Sham sekali lagi diuji apabila adik bongsu penyanyi dan pelakon itu yang dikenali sebagai Azreen telah mengalami sesak nafas dipercayai akibat serangan panik.

Adik Alami Sesak Nafas

Menerusi beberapa hantaran yang dimuatnaik di Insta-story nya, Azzam mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada adik bongsunya yang termenung dan menangis secara tiba-tiba ketika mereka sekeluarga ingin tidur. Azzam yang menggalas sementara tanggungjawab keluarga berikutan ibubapanya mendapatkan rawatan susulan selepas disahkan positif Covid-19, cuba untuk menenangkan adiknya itu namun keadaan semakin berlanjutan.

“Awalnya dalam jam 10.30 malam kami semua dah nak tidur. Pada masa itu, saya perasan yang Azreen termenung kemudian menangis. Saya mula pujuk dia.

“Bermula dari situ, dia sesak nafas dan tangan kebas. Saya dan adik-beradik lain cuba untuk tenangkan dia. Cari beg plastik untuk stabilkan nafas dia semula tapi dia kata masih tidak selesa” tulis Azam

Bawa Sendiri Adik Ke Hospital 

Dalam pada itu, juara Big Stage 2020 ini telah menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan namun tiada perkhidmatan dikawasan berhampiran tersedia. Susulan itu, Azzam dan adik-beradiknya yang lain terpaksa membawa adik bongsu mereka ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM – dahulunya dikenali sebagai HUKM) biarpun masing-masing dalam keadaan kuarantin.

“Kemudian dia cakap satu badan dia mula kebas. Kami mula risau dan terpaksa hubungi ambulans tetapi ambulans yang ada sekitar kami tiada dalam perkhidmatan dan kami adik-beradik terpaksa bawa dia ke unit kecemasan HUKM

“Gagahkan juga bawa kereta walaupun kami dalam kuarantin” katanya

Bagaimanapun, Azzam dan keluarga bersyukur kerana Azreen berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan susulan dan turut dibenarkan pulang pada hari yang sama. Malah, Azzam turut berterima kasih atas doa yang dititipkan dan memohon terus mendoakan buat mereka sekeluarga

“Insyallah kami semua kuat mohon doakan kami ya” kongsi Azzam

Terdahulu, selepas kedua ibu bapa Azzam disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos lalu lalu, adik perempuannya pula dijangkiti wabak tersebut pada 6 September 2021. Azzam dan lima lagi adik-beradik yang lain disahkan negatif selepas melakukan ujian calitan dan difahamkan adiknya itu bukan dijangkiti Covid-19 daripada ibu bapa mereka, sebaliknya melalui jangkitan baharu.

Azzam Sham
https://lomp.at/tldbj
Share38Tweet24SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara