Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

[REVIEW] 6 Persoalan Yang Telah Terjawab Mengenai Galaxy Z Flip3 5G

by Phic ARMAN
September 12, 2021
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah menggunakannya dalam beberapa hari,  Galaxy Z Flip3 5G terbukti memberikan pengalaman yang unik kepada kami. Bukan semata-mata kerana perkakasannya atau kameranya yang lebih canggih, tetapi ada beberapa hal baru yang boleh diterokai dalam telefon pintar ini.

Anda mungkin banyak meninjau mengenai perkakasan dan ciri terkini Galaxy Z Flip3 5G ini. Tetapi kami pasti, masih ramai yang bertanya bagaimana agaknya pengalaman sebenar menggunakan peranti unik ini.

Baiklah, untuk menjawab semua rasa ingin tahu anda, lihat sahaja semua yang perlu anda ketahui mengenai Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

1. Muat ke Galaxy Z Flip3 5G dimasukkan ke dalam poket seluar atau beg kecil?

Setelah kami mencubanya, ternyata memang  boleh. Apabila ditutup, dimensinya hanya 72.2 x 86.4 x 17.1mm. Saiz yang menjadikan Galaxy Z Flip3 5G dapat dimasukkan dipoket. Untuk wanita yang sering membawa beg kecil juga tidak perlu risau menghadapi masalah menyimpan telefon bimbit ini.

2. Apa ciri unik yang membezakan dengan telefon lain?

Galaxy Z Flip3 5G mempunyai beberapa ciri menarik yang sudah semestinya kami rasa lain dari yang lain. Yang pertama pastinya Infinity Flex atau skrin lipat. Selain Galaxy Z Fold3 5G, sukar untuk mencari telefon lain dengan ciri serupa yang secara rasmi dijual di Malaysia.

Cover Screen

Selain itu, telefon pintar ini memiliki cover screen atau skrin penutup. Mana nak dapat kelebihan ini pada telefon lain kan? Dengan ukuran yang lebih luas daripada generasi sebelumnya, skrin penutup ini membolehkan pengguna mengakses lebih banyak perkara dari skrin luaran tanpa perlu membuka skrin utama.

Contohnya, memeriksa notifikasi, melihat berbagai widget, untuk mengatur musik yang sedang dimainkan.

Yang ada Galaxy Watch4 tu, kita  boleh menyesuaikan tema di cover screen dengan tema di jam tangan juga.

Quick Shot

Ketiga ialah Quick Shot. Dengan hanya di cover screen, Quick Shot memudahkan pengguna ambil gambar dalam telefon tertutup. Anda melakukannya dengan menekan butang kuasa dua kali.

Kalau nak rakam  video pun boleh  dengan menggeser layar ke  sisi, dan menyesuaikan penggunaan lensa lebar atau ultra lebar dengan menggeser ke atas atau ke bawah.

Flex Mode

Yang ini paling menarik bagi kami setelah menggunakannya iaitu ciri Flex Mode. Anda tidak perlu bersusah payah mencari tripod ketika anda ingin mengambil gambar diri sendiri, wefie ke, atau membuat panggilan video. Galaxy Z Flip3 5G boleh diletakkan dengan stabil dengan pelbagai keadaan lipatan, termasuk sudut 90 darjah.

Flex Mode juga memudahkan untuk membuat kandungan hands-free atau bebas-tangan. Dengan melipatkan skrin separuh, secara automatik skrin akan sesuaikan dengan skrin lipat. Sesuai untuk mereka yang gemar melakukan siaran langsung, membuat vlog dan sebagainya.

3. Berapakah bilangan kamera yang terdapat di Galaxy Z Flip3 5G?

Secara keseluruhan ada 3, iaitu dua kamera utama yang terdiri dari sudut lebar 12 MP dan ultra lebar 12 MP, serta kamera depan 10 MP yang posisinya berada di bahagian atas layar. Perlu diingat, untuk selfie atau wefie, anda tidak perlu menggunakan kamera 10 MP. Dua kamera utama dapat menyokong aktiviti ini dengan bantuan cover screen.

4. Adakah Galaxy Z Flip3 5G menyokong S Pen?

Tidak. Sokongan S Pen untuk telefon bimbit yang boleh dilipat pada masa ini hanya tersedia di Galaxy Z Fold3 5G.

5. Berapakah harga Galaxy Z Flip3 5G?

Di Malaysia, Samsung Galaxy Z Flip3 5G dijual pada harga RM3,999 untuk varian 8GB / 128GB, dan RM4,199 untuk varian 8GB / 256GB.

6. Bagaimana untuk membuat pra-pesanan Galaxy Z Flip3 5G?

Bagi mereka yang berminat, Samsung Malaysia telah membuka pra-pesanan untuk Galaxy Z Flip3 5G dari 19 Ogos hingga 21 September 2021. Pesanan boleh dibuat melalui www.samsung.com.my.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER samsungSamsung Galaxy Z Flip 3
Share9Tweet6SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Teknologi

[UNBOXING] Samsung Galaxy A54 5G Awesome Black Yang Sangat Premium

by Phic ARMAN
April 13, 2023
Teknologi

Samsung Galaxy A34 dan A54 Kini Rasmi Di Malaysia, Berikut Harga & Promosi Pra-Pesanan

by Phic ARMAN
March 26, 2023
Teknologi

[REVIEW] Samsung S23 Ultra! Performa, Kamera & Harga Ternyata Memang ‘Ultra’

by Phic ARMAN
March 24, 2023
Teknologi

Harga Bermula RM799! Ini 10 Manfaat Yang Anda Boleh Dapat Dari SAMSUNG Galaxy A14 Yang Baharu

by Phic ARMAN
March 13, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan