Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Cukuplah Saya Dah Ada 5 Ayah”- Cik B Tak Setuju DSV Kahwin Dengan Iqbal

"Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta."- ujar Cik B

by Naddy Joe
September 13, 2021
92
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) mendedahkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli. Namun, anak kepada usahawan kosmetik ini, Cik B dilihat ‘kurang bersetuju’ dengan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi.

“Macam Mana Abang Iqbal Umur 25, Dia Suka Dengan Orang Tua?”-Cik B

Menerusi temubualnya bersama Melodi,  Cik B mempersoalkan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi disebabkan jarak usia antara DSV dengan Iqbal yang sangat jauh.

“Saya deep down saya kurang setuju. Ye laa, mama umur pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25, dia suka dengan orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju dia nak anak lagi. Cukuplah saya dan Kacak sahaja.

Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.”- ujar Cik B

Akui Hubungan Tidak Baik dengan Iqbal 

Dalam temubual itu, Cik B turut mendedahkan bahawa beliau dan Iqbal tidak sehaluan dan sering bergaduh.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan biasa-biasa, memang luar biasa. Hubungan kami sangat renggang.”- katanya lagi

View this post on Instagram

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Anggap Kontroversi Perkahwinan Ibu Sebagai Satu Marketing

Menurut Cik B, beliau pada awalnya menyangka kontroversi perkahwinan DSV dan Iqbal hanyalah gimik pemasaran semata-mata.

“Mula-mula saya ingatkan marketing, tapi nampak macam betul-betul pulak. Ya Allah takutnya, tapi harap-harapnya marketing laa. Saya pun macam taknak la ada ayah baru. Saya dah cukup la ada 5 ayah.”- jelas Cik B lagi

Harap DSV Gembira Dengan Perkahwinan Kali Ini

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, turut berharap DSV akan gembira dengan perkahwinannya kali ini.

“Saya harapkan  kalau jodoh mama dengan abang Iqbal, saya harapkan mama happy la. Dan ikutlah mama nak buat apa, Tapi saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.”- luahnya

Cik B tampil memberikan pesanan pada ibunya untuk fikirkan niat orang lain yang ingin mendekatinya adakah kerana mereka benar-benar mencintai DSV atau sebaliknya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Source: Melodi
cik Bdsviqbal zulkefli
Share37Tweet23SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara