Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ahmad Idham Letak Jawatan CEO FINAS Kali Kedua, Bakal Sertai Kementerian Bertaraf Diplomat

Pengarah ini bakal menyandang jawatan penting di sebuah kementerian bertaraf diplomat

by Khai Azfar
September 13, 2021
36
KONGSIAN
Share on Facebook

Buat kali kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meletakkan jawatan tersebut selepas 15 bulan menggalas tanggungjawab tersebut.

FINAS Sahkan Ahmad Idham Letak Jawatan

Via NSTP

Memetik laporan Berita Harian Online,perkara itu disahkan oleh FINAS menerusi pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid yang bersetuju untuk ‘melepaskan’ pengarah tersebut selepas dia menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan dalam mesyuarat Ahli Lembaga pada Khamis lalu.

“Perasaan kami tentulah sedih dan gembira seperti dinyatakan dalam mesyuarat Ahli Lembaga FINAS.

“Sedih kerana terpaksa melepaskan ketua komandan, tentulah rasa kehilangannya. Kami berjuang bersama dalam membantu menggerakkan dan membangunkan industri seni kreatif pada era pandemik.

“Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanakan. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkatan kes COVID-19,” katanya kepada portal berita tersebut

Bakal Galas Tanggungjawab Baharu

Difahamkan, perletakan jawatan itu bagi memberi ruang kepada Ahmad Idham yang bakal menyandang jawatan penting di sebuah kementerian bertaraf diplomat yang masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya. Malah, Ahli Perbadanan FINAS tetap gembira kerana Ahmad Idham akan membuka ruang untuk industri kreatif melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna.

“Dalam bersedih, kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham.

“Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk Ahmad Idham mengembangkan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapkan Ahmad Idham dapat melaksanakan tugasan baharu dengan lebih cemerlang.

“Ahli Perbadanan FINAS akan segera mengemukakan surat peletakan jawatan Ahmad Idham kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa untuk kelulusan,” kata Zakaria lagi

Untuk info,Ahmad Idham telah dilantik sebagai CEO Finas pada 14 Mac 2019, namun pengarah itu meletakkan jawatan lebih awal pada 9 Disember 2019. Bagaimanapun, selepas tiga bulan meletakkan jawatan Ahmad Idham kembali ke perbadanan tersebut pada 5 Jun 2020.

Artikel Sebelum

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ahmad idhamfinas
Share14Tweet9SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara