Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Pertama Di Malaysia! Aina Abdul Tampil Dengan ‘Single Mash-Up’ Nama Sendiri

Mash up (gabungan) tiga buah lagu hits nya sebelum ini terdiri daripada Sumpah, Semalam dan Sepi.

by Khai Azfar
September 17, 2021
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah beberapa kali memberi ‘teaser’ mengenai single terbaharunya, Aina Abdul akhirnya tampil dengan single berjudul Aina Abdul.

Penyanyi Pertama Menggunakan Nama Pentas Sebagai Judul Lagu 

Menariknya mengenai single ini, Aina bukan sahaja penyanyi pertama yang menggunakan nama pentasnya sendiri sebagai judul lagu malah ia juga merupakan mash up (gabungan) tiga buah lagu hits nya sebelum ini terdiri daripada Sumpah, Semalam dan Sepi. Dengan pelancaran lagu tersebut, Aina sekaligus mencipta sejarah baharu indusri muzik tanah air.

Luahan Isi Hati Aina Abdul

Meskipun lagu Aina Abdul adalah sebuah lagu mash up, namun kesemua lagu ini telah digabungkan sebagai sebuah lagu yang telah diberi nafas baharu. Difahamkan, menurut Aina kesemua lagu ini merupakan luahan isi hatinya sebelum ini yang kini digabungkan sebagai sebuah karya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran Instagram terkini pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani ini, biarpun ada peminat yang kecewa kerana menyangka ia merupakan sebuah lagu baharu namun rata-rata memuji idea kreatif yang terus diperjuangkan oleh Aina.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada diantara mereka beranggapan bahawa Aina seolah-oleh memberi petunjuk mengenai lagu seterusnya di dalam video muzik Aina Abdul. Untuk rekod, Aina turut mencipta kelainan yang mana buat pertama kalinya di dalam industri muzik Malaysia menyaksikan dua buah lagu ditampilkan serentak menerusi sebuah muzik video yang digarap khas, Maybe dan Kelip-Kelip.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aina Abdul Cipta Sejarah Sendiri, Dipilih Nyanyi Lagu Rasmi ASEAN Summit 2025
aina abdul
https://lomp.at/yssln
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem