Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Usaha Bawa Suspek Pulang Giat Dilaksanakan” – Nur Sajat Dikehendaki Polis Malaysia!

Suspek dikehendaki Polis Malaysia kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan di Malaysia

by Khai Azfar
September 21, 2021
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Lagi berita mengenai usahawan sensasi, Nur Sajat. Selepas tularnya di media sosial berkenaan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar berkenaan isu tersebut.

Polis Sahkan Sajat Ditahan

Dalam kenyataan tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan Sajat telah ditahan oleh Imigresen Thailand kerana memiliki pasport yang tidak sah.

“Pada 9 September, suspek dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda,” katanya dalam satu kenyataan media , pada petang Isnin.

Sajat Dikehendaki

Dalam pada itu, Abd Jalil turut berkata suspek dikehendaki Polis Malaysia kerana didakwa melakukan pelbagai kesalahan di Malaysia termasuklah  menghalang penjawat awam dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.

“Usaha untuk membawa pulang suspek sedang giat dilaksanakan,” katanya lagi

Terdahulu, Murai.my menerusi laporan Harian Metro, Sajat telah ditahan bersama seorang lelaki berperwatakan wanita  di sebuah kondominium mewah di Bangkok ketika serbuan pihak imigresen dijalankan. Bagaimanapun, Sajat telah dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan dikenali sebagai Misha.

Hasil siasatan pihak Imigresen Thailand turut mendapati Sajat mahu berpindah ke Australia kononnya diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh. Malah dia juga dikatakan sudah menjadi pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Saya Akan Berpakaian Lelaki"- Sajat Dedah Bakal Tunai Umrah Tahun Depan Berpakaian Lelaki
nur sajat
https://lomp.at/yk5x8
Share19Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara