Setelah lebih sebulan menahan sakit sehingga tidak tidur, penyanyi dan pelakon, Elyana kini dimasukkan ke hospital.
Melalui hantaran di Instagram, Elyana memuatnaik fotonya yang kelihatan terlantar di atas katil hospital.
“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk painkiller, steroid, dan ambil darah.”- tulis Elyana
Bakal Jalani Kimoterapi
Beliau turut menambah akan menjalani rawatan kimoterapi selepas melalui beberapa proses lain yang wajib dilakukan oleh setiap pesakit kanser.
“Covid test memang wajib. Esok jantung. Lusa buat Pet Scan. Seterusnya Chemotherapy.
Bismillahirramanirrahim, You can do it Nana!!!- katanya lagi
Rakan Selebriti Titip Doa
Menerusi ruangan komen hantaran Elyana, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan agar penyanyi ini diberikan kesembuhan.
“Be strong adikku”-Didie Alias
“Moga terus kuat dear @elyanaofficial1”-Linda Rafar
“Get well soon sweetheart”-Jojie Aminuddin
“Semoga Allah hilangkan kesakitanmu dik.”-Ziela Jalil
Sama-samalah kita mendoakan agar Elyana diberi kesembuhan dan diberi kekuatan hadapi ujian ini..
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.