Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Sebelum Peluk Islam, Stacy Dedah Akim Ahmad Banyak Kongsi Mengenai Keindahan Islam

Perkongsian itu dibuat Stacy ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya

by Khai Azfar
September 24, 2021
54
KONGSIAN
Share on Facebook

‘Queen of Dancing Malaysia’, Stacy Anam mengimbas kembali pengalamannya menjadi ‘saudara baharu’ apabila 24 Ogos lalu, genap enam tahun usia Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.

Stacy Akui Akim Banyak Bimbing Dekati Islam

Perkongsian itu dibuat Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya kendalian usahawan yang juga pelakon dan penyanyi, Tya Ariffin. Menurut Stacy, dia akui suaminya yang tercinta  Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.

Malah, kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, itu, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam  selama ini cukup santai dan ‘tidak terlalu berat’.

“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.

“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.

“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik merujuk kepada Akim ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” kata Stacy

Dedah Ibubapa Teman Peluk Islam

Kata penyanyi lagu Pakai Buang itu lagi kepada Tya, antara detik paling bermakna dan manis untuk dikenang  hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.

Akim Ahmad Nekad Berhenti Merokok Selepas Bapa Mentua Disahkan Kanser Paru-Paru

Bagaimanapun, jika diimbas kembali, detik berkenaan juga dicalari dengan penyebaran gambar serta video proses pengislaman Stacy tular dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.

“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.

“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.

Stacy tanpa berselindung berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.

“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.

“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,”  tambah Stacy.

Dalam pada itu, Stacy mengakui dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.

“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya lagi

Untuk info, Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu. Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin. Sebelum ini, program tersebut telah mencuri perhatian ramai apabila secara eksklusif berkongsi pelbagai kisah peribadi dan pengalaman figura-figura terkenal.

Konsert Solo Mega Stacy Bakal Gegar Kota Kinabalu! Satu Konsert, Seribu Kreativiti
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
Akim Ahmadbersama tyastacy
https://lomp.at/lx29z
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem