Sejak semalam, tular di media sosial rakaman video mememaparkan sebuah kereta mewah milik VVIP memotong kenderaan hadapan di garisan berkembar (double line) secara berbahaya. Tindakan VVIP ini telah mengundang kemarahan netizen sehinggakan ia menjadi perbualan hangat di laman twitter.
Hal ini telah menimbulkan tanya di kalangan netizen, siapakah pemilik sebenar kenderaan jenis Toyota Alphard itu. Memetik laporan Kosmo! Online, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berkenaan video tular.
Walaubagaimanapun, ketika ia menjadi siasatan polis, netizen terlebih dahulu mendedahkan pemilik kenderaan tersebut. Pemilik akaun twitter @LagaCawan memuatnaik sebuah gambar menunjukan pemilik kenderaan itu ialah Timbalan Menteri Agama, Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary. Ia merujuk kepada sebuah foto dimana ahli politik itu bergambar bersama kereta SUVnya dan kebetulan tertera nombor pendaftaran yang sama. Adakah ia benar?
The Car The Owner pic.twitter.com/oAuYpPbjgb
— Laga Cawan 🌺 (@LagaCawan) September 27, 2021
Dalam pada itu, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.
Perkembangan Terkini
Seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini, Ahmad Marzuk Shaary sebentar tadi memohon maaf atas insiden yang menjadi tular di media sosial tersebut.
“Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri. Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat. Saya memohon ribuan kemaafan atas isu yang timbul. Semoga peristiwa ini memberi peluang untuk kami terus menjalankan tugas dengan penuh jujur dan berintegriti demi rakyat Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.
Dalam pada itu, siasatan awal pihak polis, kenderaan yang memandu dalam keadaan berbahaya dikatakan berkejar untuk ke lapangan terbang. Pemandu itu bertindak memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 17.50 petang
Ahmad Marzuk menambah kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kakitangan yang terlibat juga telah dipanggil memberikan keterangan beliau.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.