Tuesday, August 9, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

PU Syed Dedah Sudah Puas Tegur Kak KM, Kini Hanya Mampu Berdoa

Ramai pihak sudah memberi teguran dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini

by Mas Ayu
October 4, 2021
Foto - Instagram @kmfavourite.testimoni

Foto - Instagram @kmfavourite.testimoni

290
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas kerap disebut (tag) oleh seorang pengguna media sosial di laman Instagram pada akaun anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, Pencetus Ummah(PU)  Syed meluahkan dirinya sudah puas menasihati wanita tersebut dan kini hanya mampu berdoa buatnya.

Suami Dan Ahli Keluarga Wajib Tegur

Kontroversi mengenai Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli sudah tidak asing lagi di Malaysia, penampilannya yang seksi sering menjadi bualan hangat orang ramai apatah lagi usahawan tersebut kini sedang sarat berbadan dua.

Untuk rekod, ramai pihak sudah memberi teguran dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

PU Syed juga meluahkan, seharusnya suami dan ahli keluarga terdekatnya wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Untuk maklumanmu, @duniaakhirzamankita ambe dah beberapa kali tegur kak KM ni. Namun tiada hasil.. Kita hanya mampu doa.. Moga dia sedar..

Tubuhnya itu bukan seperti haiwan yang boleh ditonton senang-senang oleh makhluk lain.. Kecuali mahramnya sahaja

Jika dia ada suami.. Maka suaminyalah yang perlu tegur dan jika tak ditegur.. Berdosalah dia.. Bahkan dayus! Tetapi jika dia tiada suami.. ibu ayahnya.. Adik-beradiknya wajib menegur beliau..” tegas PU Syed

Selain itu, PU Syed turut menyentuh soal perniagaannya di mana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa pasti akan memiliki rezeki yang tidak berkat.

“Bahagian dunia ni sementara sahaja.. Celaka di akhirat adalah yang paling sengsara.. Berniaga dengan cara dosa.. Maka rezekimu tidak berkat.. Bahkan mendatangkan dosa.” katanya lagi

Mahu Pihak Berwajib Kuatkuasa Pemakaian Patuh Syariat

Menyentuh soal pemakaian seksi Kak KM, pendakwah bebas ini berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.

IKLAN

Ini adalah kerana di Malaysia, dosa mendedahkan aurat dirasakan ‘normal’ dalam diri masyarakat Muslim dan disifatkan menormalisasikan dosa seperti ini sangat merbahaya.

Foto – Instagram @kmfavourite.testimoni

“Ambe mohon pihak berwajib agar kuat kuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.. Gubal undang-undang agar boleh saman atau penjarakan mereka yang mendedahkan aurat dikhalayak!!

Walaupun tak ada hukuman hudud dalam isu ini.. Namun takzir masih wujud.. Kerana menjaga maslahah.. Namun apa yang pasti..

Mendedahkan aurat adalah salah satu perbuatan dosa yang terasa ‘normal’ sahaja bila dilakukan.. Inilah normalisasikan dosa yang sangat berbahaya..” ujarnya

Netizen Setuju Dengan Cadangan PU Syed

Melihat hantaran pendakwah tersebut di Instagram, ramai yang bersetuju dengan pandangan PU Syed agar kerajaan dapat menggubal semula undang-undang dan menguatkuasakan pemakaian patuh syariat di hadapan umum.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Iya! Saya sokong agar pihak berwajib kuatkuasakan pemakaian patuh syariat di tempat umum iaitu di khalayak ramai terutamanya.”

“Saya sokong perenggan ke-4.. Kerajaan patutnya kuasakan pemakaian patuh syariat.. Jangan melampau sangat dalam membuka aurat, seolah-olah macam bukan orang Islam lagaknya.”

“Harap negeri lain dapat ikut contoh negeri Kelantan….. Setiap wanita wajib bertudung….” komen mereka

Apa pandangan anda tentang isu ini?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: kak kmliana rosliPU Syed
Share116Tweet73SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Biarlah Saya Mengalah” – Iqbal & Vida Berbaik Semula?
Gossip

“Biarlah Saya Mengalah” – Iqbal & Vida Berbaik Semula?

by Mas Ayu
August 9, 2022

Usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli memuatnaik sebuah video di Instagramnya baru ini, dan mendedahkan status hubungan terkini antara dia dan...

Read more
“Kita Pasti Akan Diuji” – Azhar Sulaiman Doa Mizz Nina & Noh Salleh Rujuk Semula
Gossip

“Kita Pasti Akan Diuji” – Azhar Sulaiman Doa Mizz Nina & Noh Salleh Rujuk Semula

by Mas Ayu
August 9, 2022

Umum sedia maklum tentang perkhabaran berita mengejutkan mengenai perpisahan yang terjadi antara Mizz Nina dan bekas suaminya Noh Salleh baru-baru...

Read more
“Bangkai Punya Manusia”-Roslan Shah Berang Dituduh Melaga-Lagakan Diva AA & Azza Elite?
Gossip

“Bangkai Punya Manusia”-Roslan Shah Berang Dituduh Melaga-Lagakan Diva AA & Azza Elite?

by Naddy Joe
August 9, 2022

Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah meluahkan rasa berang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang dikatakan telah cuba melaga-lagakan dirinya bersama pengacara...

Read more
“Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?
Gossip

“Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

by Mas Ayu
August 9, 2022

Siapa tidak kenal dengan cef personaliti masakan terkenal Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali dengan nama Chef Wan bukan? Nama...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Anak-anak Kami Akan Menjadi British’ – Ini Jawapan Dr Amalina Apabila Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

  2. 2

    Hayfa ‘Trending’ Di Twitter! Nadiya Nisaa Dedah Sikap Sebenar Ummi Nazeera

  3. 3

    Pelakon Ako Mustapha Sakit? Afdlin Shauki Mohon Orang Ramai Titipkan Doa

  4. 4

    Kecoh! Video ‘Leak’ Tersebar, Netizen Dakwa Ada Yang ‘Busuk Hati’ Dengan Noh Salleh?

  5. 5

    “Sesuatu Tentang Beliau Yang…” – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Buat Amir Raja Lawak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera