Umum mengetahui bahawa aktor kacak Bollywood, Saif Ali Khan dilahirkan sebagai seorang Muslim. Walaubagaimanapun, beliau kini mengaku menjadi agnostik dan meninggalkan agama Islam kerana merasa lebih selesa tidak menganuti sebarang kepercayaan agama.
Terlalu Banyak Agama Buat Rasa Khuatir
Menurut The Indian Express, aktor ini memberitahu bahawa beliau merasakan bahawa ramai orang menggunakan agama hanya sebagai perlindungan untuk mencari kebenaran.
“Saya agnostik dalam kehidupan nyata. Saya sangat sekular dalam erti bahawa saya berfikir terlalu banyak agama membuat saya khuatir.
Saya menemui terlalui banyak agama untuk menjadi sebuah organisasi dan terlalu banyak masalah, yang pada dasarnya berkaitan dengan Tuhan saya, atau Tuhan anda atau Tuhan siapa yang lebih baik.”-Jelas Saif Ali
Tak Percaya Adanya Akhirat
Selain itu, suami kepada Kareena Kapoor ini turut mengakui bahawa beliau tidak mempercayai adanya kehidupan selepas kematian dan memberitahu bahawa tiada kehidupan seterusnya apabila manusia meninggal dunia.
“Tetapi saya tidak begitu percaya akhirat, tentang kehidupan selepas mati. Saya rasa apabila kita mati seperti cahaya lampu terpadam begitu sahaja. Ertinya tiada kehidupan seterusnya.”-katanya lagi
Namun begitu, Saif Ali memberitahu bahawa beliau kekal sebagai menjadi individu spiritual dengan pendekatan yang berbeza iaitu hanya berdoa dengan mempercayai hal yang logik dan dirinya sendiri.
“Saya berdoa dan saya cuba fokus energi saya sendiri pada pelbagai perkara. Saya lebih spiritual.”-dedahnya
Apa pendapat anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.