Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[ULASAN] Tak Sangka Meerqeen Boleh Menyanyi! Tampil Dengan Single ‘Menunggu’

Ketika mendengar 'Menunggumu' buat kali pertama, getus di dalam hati 'not bad!'

by Khai Azfar
October 5, 2021
Share on Facebook

Tidak keterlaluan jika kami katakan pendatang baharu di dalam industri, Meerqeen antara peserta Hero Remaja paling menyerlah dalam kelompoknya.

Meerqeen Terus Melebarkan Sayap 

Manakan tidak, usai tamat program realiti tersebut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 20 ‘disambar’ oleh beberapa syarikat produksi sekaligus menaikkan namanya sebagai seorang pelakon. Malah, kami sendiri menonton lakonan Meerqeen menerusi drama Angkara Hati dan lakonannya sebagai salah seorang watak utama wajar dipuji dan langsung tidak kelihatan ‘kayu’.

Tampil Dengan Menunggu

Terbaharu, Meerqeen mengejutkan peminat apabila kini menceburkan diri dalam bidang nyanyian sekaligus memperkenalkan single terbaharunya berjudul ‘Menunggu’. Sebelum mendengar single ini, kami tertanya akan kemampuan Meerqeen bernyanyi? Namun, jelas Meerqeen kepada media baru-baru ini dia sebenarnya sudah lama meminati bidang nyanyian namun tidak menyangka bahawa rezeki dalam bidang lakonan lebih berpihak kepadanya.

Ketika mendengar ‘Menunggumu’ buat kali pertama, getus di dalam hati ‘not bad!’. Tidak sangka rupa-rupanya Meerqeen juga berbakat dalam bidang nyanyian. Barangkali, inilah yang dikatakan darah seni yang diwarisi dalam keluarga kerana secara kebetulan Meerqeen juga merupakan anak saudara kepada penyanyi, Safura.

Lagu ‘Catchy’! 

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer muda yang juga penyanyi baharu, Aliff Iskandar juga wajar dipuji kerana berjaya meletakkan tona suara Meerqeen sesuai dengan lagu ini. Malah, ‘Menunggumu’ juga suka untuk kami tafsirkan ia sebagai sebuah lagu yang ‘catchy’ dan mudah diterima sebagai halwa telinga.

Cuma pesan kami, ini adalah permulaan dan pastikan Meerqeen buat persiapan yang secukupnya seperti memasuki kelas vokal dan perbanyakkan latihan persembahan secara langsung. Tahu sahaja akan sesetengah netizen kini yang kadangkala nya memberikan komen-komen terlalu pedas sehingga menjatuhkan semangat seseorang.

Meerqeen Tayang Six Pack Di Gim, Curi Perhatian Netizen!-"Bukan Senang.."

Namun, dengan ‘bekalan’ yang cukup kami yakin nama Meerqeen akan lebih menyinar dan barangkali mengikut jejak ‘senior’ hero remaja terdahulu, Fattah Amin yang tampil cemerlang dengan karier nya sebagai model, pelakon dan penyanyi. Selamat datang ke industri muzik tanah air Meerqeen!

YouTube video
Error happened.
Meerqeen
https://lomp.at/1hvha
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara