Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Sebab Dia Buat Dosa & Viralkan Dosa Secara Terbuka” – PU Syed Bidas Kecaman Kak KM

PU Syed menyifatkan perilaku Kak KM selama ini telah mengaibkan dirinya sendiri dan juga keluarga. 

by Khai Azfar
October 6, 2021
Share on Facebook

Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi lnstagram nya membidas kembali kecaman usahawan selebriti yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Kak KM.

Tegur Kak KM Secara Terbuka Kerana Dosa 

Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak, dia menegaskan bahawa tindakannya menegur Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli secara terbuka adalah kerana usahawan itu telah membuat dosa.  Tambah pendakwah itu lagi,dia bertanyakan kepada Kak KM adakah wanita itu sedar akan perilakunya selama ini telah mengaibkan dirinya sendiri dan juga keluarga.

“Ambe(saya) tegur,dia kata mengaibkan dia..dah selama ini dok mengaibkan diri sendiri dan keluarga dia perasan atau tidak?

“Siapa yang mengaibkan siapa in? Ambe (saya) menegur secara terbuka sebab dia buat dosa dan viralkan dosa secara  terbuka! Ambe(saya) tak perlu penghormatan dari dia..cukuplah Allah menyaksikan bahawa antara benar dan salah itu NYATA!

“Nak sangat jadi perhatian manusia..bak kata Diva AA dalam lahjah pantai timur  “eh mu ngaji ke dop?”” tegur PU Syed

Berharap Kak KM Berubah 

Dalam pada itu, PU Syed juga menyifatkan masih ada iman di dalam diri Kak KM kerana anak selebriti itu masih ‘terasa’ akan teguran yang diberikan. Malah, PU Syed berharap agar dia dapat berubah dan mencari rezek yang lebih berkat.

“Bila dia sentap dengan teguran ambe(saya)..itu tanda masih ada iman dalam diri..berubahlah..kerana nyawa ini bukan dalam kawalan kita..sekejap saja Allah boleh tarik..

“Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga..dan membuat iklan yang patuh syariah..maka rezeki mereka akan berkat..tetapi jika sebaliknya..pasti tiada keberkatan dalam rezekimu..sekalipun banyak..” tulisnya lagi

View this post on Instagram

A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Kak KM berang dengan tindakan PU Syed gara-gara menuduhnya berdosa dan mendapat rezeki yang tidak berkat. Artikel Murai.my sebelum ini mendedahkan PU Sye menegur usahawan itu dan berkata suami dan ahli keluarga terdekatnya wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kak kmPU SyedPU Syed Kak KM
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara