Aryan Khan, anak lelaki kepada Raja Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan(SRK) membuat pendedahan mengejutkan mengenai bapanya yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja sehingga perlu tetapkan temujanji untuk bertemu.
Perlu Tetapkan ‘Appointment’ Untuk Bertemu SRK
Menurut laporan berita antarabangsa, Aryan memberitahu Biro Kawalan Narkotik (NBC) bahawa bapanya yang merupakan aktor terkenal sentiasa sibuk sehingga perlu melakukan janji temu untuk mereka bertemu.
Dalam perkembangan lain, dikhabarkan SRK perlu meminta kebenaran NBC untuk bertemu sebentar dengan anak lelakinya yang ditahan di lokap agensi berkenaam akibat kes dadah.
Gauri Khan Bawa Makanan Untuk Aryan Namun Ditolak Oleh NCB
Dalam pada itu juga, bimbang dengan kesihatan pemakanan anaknya, Gauri Khan dikatakan bergegas ke pejabat NBC bersama beberapa bungkus burger McDonalds di dalam kereta dengan harapan anak lelakinya itu dapat menikmati makanan yang dibawa.
Walaubagaimanapun, NBC menegaskan ia tidak dibenarkan namun dalam masa yang sama memberitahu dengan baik akan permintaan isteri kepada pelakon itu dengan alasan faktor keselamatan.
Telefon Bimbit Aryan & Tertuduh Lain Dihantar Untuk Pemeriksaan Forensik
Dipetik dari laporan Times Of India, telefon bimbit Aryan dan tertuduh yang lain telah dihantar untuk pemeriksaan forensik di sebuah makmal di Gandhi Nagar. Hal ini berlaku setelah NBC mendakwa menemui bukti yang mengejutkan dalam perbualan WhatsApp tertuduh yang menunjukkan kaitan antara pengedaran dadah antarabangsa.
NBC turut mendakwa Aryan membincangkan kaedah pembayaran untuk memperoleh dadah dan menggunakan beberapa kod nama.
Untuk rekod, Aryankini berada dalam tahanan NBC susulan serbuan parti di atas kapal layar di Mumbai. Selain Aryan, tujuh lagi turut ditahan dalam serbuan pada 3 Oktober 2021. Serbuan tersebut juga telah menemukan 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD).
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.