Thursday, June 8, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Mentaliti perlu diubah”- Sarimah Ibrahim Komen Mengenai Pelakon Perlu Ada 1 Juta ‘Followers’

Beliau turut berkongsi tangkap layar profil pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh

by Naddy Joe
October 7, 2021
49
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan pendapatnya mengenai kenyataan  yang diberi oleh seorang produser terkenal, terdapat sebuah stesen TV atas talian tidak akan mengambil pelakon yang mempunyai kurang daripada 1 juta pengikut.

Terdapat Bintang Yang Fokuskan Pada Kualiti Berbanding Kuantiti

Menerusi posting yang dimuatnaik di Facebook, beliau berkongsi tangkap layar profil pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh yang telah mencipta nama di peringkat dunia dengan bakat lakonannya. Malah, pelakon Shang-Chi and the legend of the rings ini juga hanya mempunyai lebih dari 700 ribu pengikut namun sudah dikenali ramai.

Berbangga dengan pencapaian tersebut, Sarimah berkata terdapat ‘bintang’ yang memfokuskan kepada kualiti ,ketika sestengah daripada mereka lebih mengejar populariti.

“Ketika terlalu ramai mengejar kemasyhuran dengan bilangan dan kuantiti…Ada ‘superstar’ yang memfokuskan pada kualiti dan bahan”  kongsi Sarimah

Tambahnya lagi, beliau turut meminta orang ramai untuk menjadi dan memilih dengan bijak mengenai kualiti dalam industri seni.

“Pilih dengan bijak. Jadi bijak. Mengenai kualiti-bukan kuantiti. Kehidupan ini terdiri lebih banyak daripada bilangan nombor. Anda dan saya bernilai lebih daripada itu.

(Posting ini berkaitan dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh beberapa produser bahawa stesen TV Malaysia tidak akan mengambil mana-mana pelakon yang mempunyai kurang daripada 1 juta pengikut.”-ujar Sarimah lagi

Gesa Ubah Mentaliti Berkaitan “Kualiti” & “Populariti”

Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini turut memberitahu bahawa mentaliti individu harus diubah apabila bercakap mengenai “kualiti” dan “populariti” seseorang itu.

“Mentaliti perlu diubah apabila mengenai ‘kualiti’ dan ‘populariti’. BUKAN mengenai bilangan orang. #besmart Terdapat ramai artis berbakat yang dapat menaikkan bar di Malaysia..dengan ‘followers’ yang kurang dari 1 juta.

Media sosial bukan satu-satunya ukuran bagi populariti.”- jelasnya

Pelbagai Reaksi Netizen

Tinjauan Murai.my di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh selebriti verstail itu.

“Totally agree 100% Michelle Yeoh dulu berlakon dalam filem HongKong sebelum melebarkan sayap ke Hollywood. Filem Hollywood pertama yang dilakonkan oleh beliau ialah James Bond Tomorrow Never Dies pada tahun 1997 lakonan Pierce Brosnan. Beliau merupakan anak kelahiran perak dan Miss Malaysia 1983.”

“Followers boleh dibeli…Kualiti, mutu tidak boleh dibeli..Sebab tu banyak movie/drama sampah sekarang. Bila penonton macam kami beralih kepada korean drama, Thai drama, Taiwan…Jangan mengutuk kami penonton.” komen netizen

“Setuju 100%. Bakat perlu datang dahulu kemudian followers datang kemudian. Followers ramai tapi berlakon hauk..Bertahan hanya beberapa tahun je lepas tu end up jual produk.”

“Entertainment industry kat Malaysia sucks sebab semua pentingkan populariti. Nak yang viral atau trending. Nak yang kontroversi bagai. Semua demi keuntungan. Tapi tak sedar yang dia ambil berlakon tu kayu dan yang menyanyi tu hancus… Apa pun masyarakat memilih sebegitu so memang tak kemana la kita nih.” tambah mereka

Terdahulu, seorang penerbit tampil mempertahankan keputusan stesen TV yang menetapkan syarat bagi pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlu mempunyai jumlah pengikut (followers) lebih sejuta di Instagram.

Syarikat penerbitan beliau turut menyambut baik perkara itu dan menggalakkan peminat artis berkenaan untuk memuat turun dan menonton kandungan disediakan dalam saluran tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER sarimah ibrahim
Share20Tweet12SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Kesihatan

Sarimah Ibrahim Kongsi Rutin Makanan Sihat Harian, Patut Lah Langsing & Cantik!

by Naddy Joe
May 19, 2023
Foto - Instagram @sarimahibrahim
Filem

Sarimah Ibrahim ‘Comeback’! Ini 7 Kejutan Menanti Anda Di FFM32 Pada 2 Disember Ini

by Phic ARMAN
November 26, 2022
Gossip

Barisan Selebriti Termasuk Siti Nurhaliza Titip Doa Buat Emilia Hanafi

by Naddy Joe
July 14, 2022
Foto - Instagram @sarimahibrahim
Selebriti

Sarimah Ibrahim ‘Maintain’ Kurus Dan Sihat Kerana Senaman Ini!

by Puteri Alia
March 4, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Masih Teruna Di Usia 57 Tahun, Kehidupan Seksual Salman Khas Didedahkan Oleh Saudaranya

  2. 2

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  3. 3

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  4. 4

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan