Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Azad Jasmin Titip Nasihat Buat Niezam Zaidi, Jadikan Isu Dadah Sebagai Pengajaran

Dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri.

by Khai Azfar
October 12, 2021
Share on Facebook

Berita penahanan Niezam Zaidi yang disyaki terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah ternyata mengejutkan ramai, malah rata-rata peminat turut tidak menyangka pelakon berusia 29 tahun itu akan berbuat demikian.

Pak Azad Titip Nasihat 

Menjengah ke hantaran terkini Niezam kira-kira seminggu yang lalu, di ruangan komen peminat membanjiri dengan pelbagai ucapan dan doa buat pelakon M4M4 ini. Tidak terkecuali rakan selebriti seperti Azad Jasmin turut menitipkan sebuah ucapan buat Niezam.

Menurut Azad atau lebih mesra disapa sebagai Pak Azad, dia menyifatkan Niezam seperti diperangkap selain memintanya untuk menjaga diri.

“Kami tahu bahawa awak telah diperangkap..jaga diri Zam..” tulis Pak Azad

Dalam pada itu, dia turut berharap agar pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini dapat jadikan isu yang dihadapinya sebagai sebuah pengajaran.

“Jadikan ini satu pengajaran hidup hang bro..”katanya lagi

Terdahulu, industri dikejutkan dengan berita penahanan tiga orang lelaki masing-masing merupakan pelakon, pengarah serta pembantu pengarah. Kesemua mereka ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketika ditahan, ketiga-tiga suspek berada di sebuah rumah di Taman Chandan Putri 2, di Kuala Kangsar dan hasil pemeriksaan menjumpai bahan disyaki ganja dianggarkan seberat 1.45 gram selain syabu dianggarkan seberat 0.38 gram dengan nilai rampasan dadah RM270. Malah botol plastik yang diubah suai untuk kegunaan menghisap dadah turut dirampas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
azad jazminNiezam ZaidiPak Azad
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara