Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Alif Satar Terharu Permintaan Shroom Tinggi, Tapi Dituduh Scammer Dengan Pembekal?

Alif terpaksa menggunakan 10 tan cendawan tiram putih bagi menghasilkan cendawan goreng rangup sebulan.

by Mas Ayu
October 13, 2021
Foto - Instagram @alifsatar/shroom.my

Foto - Instagram @alifsatar/shroom.my

71
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengacara, penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Alif Satar kini sedang mengusahakan perniagaan berasaskan cendawan goreng yang dikenali sebagai Shroom. Produk yang bakal dikeluarkan oleh selebriti serba boleh ini menarik perhatian orang ramai.

Tak Sangka Permintaan Terlalu Tinggi

Menerusi perkongsian Alif di laman Instagramnya baru-baru ini, pelantun lagu ‘Cukup Indah’ ini tidak menyangka perniagaan yang diusahakannya mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga terpaksa menggunakan 10 tan cendawan tiram putih bagi menghasilkan cendawan goreng rangup sebulan.

“Waktu baru mula @shroom.my ni dulu, Alif betul-betul tak sangka permintaan akan tinggi dan terus meletup macam sekarang… Pelan asal nak guna 2-3 tan cendawan sebulan je… Tapi terus ‘shoot’ jadi 10 tan sebulan.” Tulisnya

Foto – Instagram @alifsatar/shroom.my

Pembekal Tuduh Alif Scammer Kerana Tempahan Kuantiti Terlalu Banyak

Menurut Alif, disebabkan produk cendawan goreng yang dihasilkan mendapat sambutan, pasukannya menghubungi ramai pembekal cendawan tiram putih bagi memastikan bekalan cendawan tidak terputus dan terus membuat tempahan pesanan yang banyak.

Namun, gara-gara memesan kuantiti cendawan tersebut dalam kuantiti besar, beberapa pembekal menarik diri dari bekerjasama dengan Alif kerana menyangka penyanyi tersebut ingin menipu para pembekal.

“Jadi, pasukan Alif pun telefon ramai ‘grower’ cendawan minta ‘supply’, sampai Alif dituduh nak scam orang sebab kuantiti yang Alif ‘order’ ni tinggi, luar daripada kebiasaan… Beberapa ‘grower’ tarik diri sebab dia orang termakan tuduhan tu, menyebabkan stok kami terputus.” Luahnya

Percaya Setiap Ujian Ada Hikmahnya

Meski diawal memulakan perniagaan cendawan ini terdapat beberapa pembekal menarik diri, namun dirinya percaya setiap ujian yang datang ada hikmahnya.

Foto – Instagram @alifsatar

“Tapi Alif percaya, setiap ujian tu ada hikmahnya. Ada yang tarik diri, tapi ramai juga yang muncul menawarkan diri nak jadi pembekal kami @shroom.my. Hari ni, pasukan Alif pergi melawat beberapa potensi pembekal/’grower’ yang berani menyahut cabaran Shroom To The Moon!

InsyaAllah, niat dan matlamat Alif nak bantu bidang pertanian yang berpotensi tinggi ni tak pernah Alif lupakan. Doakan Alif dan ‘team guys!!’ Semoga Allah makbulkan doa kalian juga! #Shroom #ToTheMoon #ShroomToTheMoon” Tulisnya lagi

Wah, cendawan goreng memang ramai peminat di Malaysia. Mesti laku keras Shroom dari Alif Satar lepas ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Alif SatarCendawan GorengShroom
Share28Tweet18SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?
Lokal

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?

by Aphit J.
February 5, 2023
Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”
Lokal

Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?
Lokal

Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?

by Phic ARMAN
February 3, 2023
‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?
Lokal

‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

by Zaidin Albert
February 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan