Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Pelakon & Penyanyi Baharu Bakal Muncul Menerusi The Audition 2021

Ujibakat tersebut bakal diadakan pula di enam buah lokasi berlainan

by Khai Azfar
October 20, 2021
Share on Facebook

Industri seni tanah air bakal menyaksikan pelakon dan penyanyi baharu tidak lama lagi apabila bakat mereka digilap menerusi pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG).

Ujibakat Senarai Pendek 

Ujibakat secara langsung telah diadakan bermula 17 Oktober lalu di Kuala Lumpur selepas para peserta disenarai pendek menerusi video mereka yang dimuatnaik mereka di laman Instagram. Kini ujibakat tersebut bakal diadakan pula di enam buah lokasi berlainan kelak.

Tarikh Uji Bakat Secara Langsung

  1. 17 Oktober 2021 (Kuala Lumpur)
  2. 24 Oktober 2021 (Kuantan, Pahang)
  3. 31 Oktober 2021 (Johor Bharu)’
  4. 14 November 2021 (Kota Kinabalu, Sabah)
  5. 20 November 2021 (Terengganu)
  6. 28 November 2021 (Pulau Pinang)
  7. 12 Disember 2021 (Final)

Cungkil Bakat Baharu 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua berkata pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak.

Bagi memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air, AEG turut melantik pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang sebagai rakan strategik dan juga juri bagi kesemua ujibakat yang diadakan.

“Kami yakin dengan kemampuan yang pada Michael Ang, sinergi mereka akan menjadi hebat dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air.

“Dunia hiburan tanah air perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan lebih berdaya saying,” katanya.

Menurut KK lagi, The Audition bakal menjadi program tahunan mereka dan tidak akan menolak menjadikannya sebagai program realiti TV kelak memandangkan sambutan yang diterima sangat mengalakkan.

“Ya, kami memang ada rancang untuk buat setiap tahun dan jadikannya sebagai program realiti TV. Kalau diikutkan kami merancang untuk adakannya pada tahun ini namun berikutan PKP yang dilaksanakan, kami terpaksa tangguhkannya dahulu

“Mungkin tahun hadapan jika ada peluang kami akan buatkannya sebagai program realiti TV” kata KK kepada Murai.my

Selebriti Terkenal Jadi Juri 

Selain Michael, barisan juri juga terdiri daripada selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Michael Nabila Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam dan Dynas Mokhtar yang akan bergilir di setiap lokasi.

Pemenang The Auditon 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan kelas nyanyian serta lakonan bernilai RM10,000. Juara juga akan dapat merakamkan single ciptaan komposer muzik terkenal dan pembikinan muzik video.

Kepada mereka yang memiliki bakat lakonan pula akan diberi peluang mengasah bakat berlakon dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang. Untuk info,AEG adalah syarikat pengurusan artis yang berfungsi menguruskan artis secara profesional. Syarikat ini memastikan pengurusan yang teratur dan kosisten dalam memastikan karier mereka berjalan lancar dan kebajikan artis terjaga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara