Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sukan

Pandelela Rinong Dedah Jurulatih Sering Buat Lawak Lucah

Jurulatih berkenaan juga telah membulinya kembali

by Khai Azfar
October 21, 2021
83
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika isu babak rogol pelakon Raja Farah yang diceritakan semula oleh pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi hangat diperkatakan, ramai selebriti tampil bersuara mempertikaikan tindakan produksi penerbitan sebuah program bual bicara yang menayangkan sedutan temubual tersebut tanpa tapisan.

Pandelela Jurulatih Sering Gurau Lucah

Malah warganet turut mendesak pihak tertentu untuk berhenti sensasikan lawak atau kisah berunsurkan lucah sebelum ia lebih memudaratkan di dalam masyarakat. Dalam pada itu, ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong mendedahkan seorang jurulatih sering kali membuat lawak berbaur lucah.

Menurut atlet kebanggaan negara ini, setiap kali jurulatih itu membuat lawak sedemikian, beliau hanya mampu mendiamkan diri atau berpura-pura untuk ketawa kerana berasa bimbang dan takut.

“Dulu saya ada seorang coach ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun fake laugh sebab takut dia” dedah Pandelela

Pandelela Dibuli

Lebih mengeruhkan keadaan, dek kerana tidak tahan dengan tindakan jurulatih itu Pandelela membuat tindakan berani dengan menegurnya. Namun begitu, jurulatih berkenaan telah membulinya kembali.

“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. 7 tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny” tulisnya

Jelas anak jati Sarawak ini, dia dan rakan-rakannya tidak mampu melakukan sebarang tindakan susulan berikutan jurulatih berkenaan mempunyai ‘hubungan’ dengan pihak lain.

“Tetapi paling sedih, dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tetapi kami atlet tidak boleh buat apa, sebab ‘back up’ besar dia adalah ketua jurulatih kami sendiri,” katanya lagi

Bagaimanapun, Pandelela meluahkan rasa syukur kerana terdapat badan sukan yang melindungi kebajikan mereka selain menganggap terdapat pengajaran yang boleh diambil berdasarkan pengalamannya itu.

Hantaran tersebut turut mendapat reaksi daripada Menteri Kesihatan yang juga Menteri Belia & Sukan sebelum ini, Khairy Jamaludin yang berterima kasih kepada Pandelela kerana mendedahkan perkara tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
pandelela Rinong
https://lomp.at/8zpe0
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem