Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Kongsi Pengalaman Berlakon Babak Rogol, Fauzi Nawawi Mohon Maaf Kepada Raja Farah

Fauzi berulang kali memohon maaf kepada Farah dan keluarganya atas keterlanjuran kata-kata tersebut

by Khai Azfar
October 20, 2021
436
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram memohon maaf secara terbuka khususnya buat pelakon Raja Farah dan keluarga.

Fauzi Terima Banyak Kecaman

Permohonan maaf itu dibuat susulan keterbukaan Fauzi berkongsi kembali pengalamannya melakonkan sebuah babak rogol bersama Farah ketika kedua-duanya menjayakan filem Anak Halal suatu ketika dahulu. Menurut Fauzi, dia akui menerima pelbagai kecaman dan makian daripada netizen berikutan tularnya video ‘pengakuannya’ itu dia media sosial.

Pernah Minta Penerbit Potong Bahagian Pendedahannya 

Tidak mudah melatah dengan kecaman yang diterima, Fauzi berkata dia menerimanya dengan hati yang tenang walaupun agak kusut memikirkannya. Jelasya, usai tamat penggambaran program bual bicara tersebut dia telah meminta pada pihak penerbit untuk memotong bahagian percakapannya yang disifatkan sensitif.

View this post on Instagram

A post shared by FauziNawawi (@onlyfauzinawawi)

Namun begitu, ia telah pun ditayangkan di kaca televisyen sekaligus mencetuskan pertikaian orang ramai mengenai pendedahannya itu biarpun ia telah lama berlalu.

“Pertama sekali saya nak memohon maaf kepada semua yang menyebarkan video program yang dah kecoh di laman sosial. Program itu dah ditayangkan lama dan baru kini dihebohkan balik walau apa pun tujuannya. Tetapi apa yang saya nak cakap dekat sini saya nak mohon maaf kepada semua dalam video ini khususnya kepada Raja Farah dan suami dan juga seluruh ahli keluarga.

“Sebelum program ini ditayangkan, selesai saja penggambaran pada PKP pertama dahulu saya dah minta pihak penerbit dan produksi untuk potong mana yang sensitif sebab masa kami bersembang antara lelaki ini memang salah saya lah sembang itu tak control cakap dan terlepas nama Raja Farah.

“Sebenarnya masa ini diorang tanya pengalaman watak yang pernah saya pegang. Kalau diceritakan 14 tahun dahulu adalah perompak, perogol itu adalah watak yang sinonim dengan saya. Jadi bila dah terlepas cakap itu, habis je recording saya tersedar ada yang patut dipotong di censor kan supaya tak ditayangkan.

“Tapi malangnya cerita itu pun ditayangkan dua kali tak tahu pula baru hari ini diviralkan balik di Twitter. Apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil dan saya tak baik. Tapi saya sedang memperbaiki diri saya untk jadi lebih baik” luah suami kepada pelakon Lisdawati ini

Mohon Maaf Secara Terbuka 

Di kesempatan itu, Fauzi berulang kali memohon maaf kepada Farah dan keluarganya atas keterlanjuran kata-kata tersebut selain berterima kasih buat mereka yang menegurnya.

“Kepada mereka yang amat sensitif dan terkesan dengan video ini dah tentu suami kepada Raja Farah, mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki memang saya tak ada niat langsung untuk memalukan. Kepada Raja Farah sendiri dan keluarga saya minta maaf apatah lagi perkara ini telah dipanjangkan.

“Kepada netizen yang amat prihatin kepada perkara ini yang sanggup maki saya, maki mak saya, maki keluarga, maki anak-anak saya, saya maafkan dan saya anggap anda prihatin sebab itu sanggup maki saya. Saya berterima kasih kepada yang mengingatkan saya dan menegur kesilapan saya sama ada cara baik ataupun cara kasar. Terima kasih dan saya terima dengan rela hati dan kepada suami Raja Farah dan Raja Farah serta keluarga saya mohon maaf sekali lagi” kata Fauzi

Terdahulu, Farah dan suami menyifatkan bahawa pendedahan Fauzi mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal sebagai sesuatu yang memalukan. Menurut suami pelakon itu, rakaman yang disiarkan di sebuah stesen televisyen itu adalah salah di setiap sudut kerana tidak menjaga aib dan kehormatan wanita. Malah Farah sendiri akui terkesan dengan perkara itu dan merasakan seakan dibuka aib serta dirinya tidak dihormati.

View this post on Instagram

A post shared by Raja Farah Raziz (@rajafarahraziz)

Sebelum ini, Fauzi, dijemput sebagai tetamu bersama beberapa orang selebriti lelaki dalam sebuah program bual bicara. Dalam program tersebut, Fauzi berkongsi pengalamannya menjayakan babak merogol Farah dalam filem tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
19 Tahun Kahwin, Fauzi Nawawi Akui Pernah Gaduh Dengan Lisdawati Tapi Pilih Diam
fauzi nawawiraja farah
https://lomp.at/7lac0
Share174Tweet109SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem