Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fizo Omar Selamat Bernikah! Ibu Baru Cik Yam Rupanya Bekas Pramugari

Netizen syak bekas pramugari Qatar Airways, permaisuri hati Fizo Omar

by Puteri Alia
October 22, 2021
Share on Facebook

Tular di media sosial mengenai usahawan dan aktor kacak Fizo Omar, memuatnaik fotonya berbaju melayu putih. Manakala anak perempuannya, Wan Maryam juga mengenakan baju kurung dengan rona sedondon sambil membantu Fizo mengancing butang baju melayu sekaligus menarik perhatian orang ramai.

Fizo Dah Tinggalkan ‘Kumpulan Duda’

Foto yang dimuatnaik dengan kapsyen penuh mesej tersirat itu, membuatkan orang ramai berserta rakan artis membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan pelbagai ucapan berseloroh dan tahniah.

“Ok abe Joe keluar kumpulan ‘recond’ dulu k.

Pape roger k @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial” Tulis Fizo

Foto – Instagram @fizoomar

Kapsyen tersebut seolah-olah mengesahkan kepada orang ramai, bahawa dirinya kini tidak lagi berstatus duda kerana sudah mempunyai teman hidup yang baharu.

Kena ‘Sakat’ Dengan Nazim Othman

Melihat hantaran yang dikongsikan di Instagram itu, pelakon kacak Nazim Othman turut berseloroh  dengan memberi komen yang mencuit hati peminat.

“@fizoomar untunglah dah ada ‘buyer’. Aku versi kereta recond yang masih duduk dekat ‘showroom’ je.” Komen Nazim

Yana Samsudin Ucap Tahniah Pada Fizo Dan Kamal Adli

Dalam pada itu, pelakon dan hos jelita Yana Samsudin juga mengambil kesempatan memuatnaik hantaran di Instagram nya hari ini, dengan memberi ucapan tahniah buat Fizo  yang telah selamat bernikah semalam *(Khamis) dengan suri pilihan hati.

Dalam masa yang sama , Yana juga mengucapkan tahniah buat Kamal Adli yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Foto – Instagram @yanasamsudin

“Buat yang masih solo bertabahlah.. Mungkin jodoh sebelah rumah, tak pun orang lain tengah jaga dulu.. Huhu gurau sajerr.

Tahniah abe Joe dah selesai semalam, tahniah juga buat Kamal bakal berlangsung nanti. Aku doakan kau orang bahagia hingga Jannah insyaAllah.

Yang solo tu, Yana doakan kau orang cepat bertemu jodoh yang baik.. InsyaAllah. Cepat aminkan.. (Semua aminkan kecuali suami hakak)” Tulisnya

 Ibu Baru Cik Yam Bekas Pramugari 

Terkejut dengan perkhabaran pelakon tersebut telah bernikah, orang ramai mula tertanya-tanya siapakah gerangan permaisuri hati aktor tersebut dan ibu baru buat anak Fizo yang mesra disapa sebagai Cik Yam.

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- "Daddy Dulu Botol Mineral Je.."
Foto – Instagram @fizoomar

“Aikk! Kahwin dengan siapa ni??”

“Aikkk? Hahaha tahniah”

“Betul ke nikah atau nak berlakon”

“Betul ke kahwin dengan orang Sarawak? Jangan marah tanye je” komen warganet

Difahamkan, Fizo telah berkahwin dengan seorang bekas pramugari Qatar Airlines yang berasal daripada Sarawak. Penemuan Instagram yang dikatakan milik isteri Fizo dan turut diikuti oleh aktor itu juga mengesahkan spekulasi orang ramai.

Foto – Instagram @fizoomar/@ffezyranesry

“Betul ke kahwin”

“Dia memang nak kahwin dengan orang Sarawak”

“Dah kecoh dekat Facebook.. Bakal isteri dia bekas Qatar Airways, orang Sarawak”

“Memang betul lah dengan @ffezyranesry” komen mereka lagi

Murai.my mengucapkan tahniah buat Fizo Omar semoga berbahagia bersama isteri sehingga Jannah-NYA, insyaAllah amin.

fizo omarFizo omar kahwinnikah
https://lomp.at/e4rd5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Spotlight

Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Pelakon kacak Nazim Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang nyata mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara