Berita penahanan anak kepada Raja Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan masih menjadi perhatian ramai termasuklah Menteri Kesatuan untuk Pemerkasaan dan Keadilan Sosial, Ramdas Athawale yang tampil memberikan nasihat kepada SRK mengenai kes penahanan anak lelakinya disebabkan dadah.
Nasihati SRK Hantar Aryan Khan Ke Pusat Pemulihan
Menurut Hindustan Times, Ramdas Athawale telah menasihati Shah Rukh Khan untuk menghantar anak lelakinya, Aryan Khan ke pusat pemulihan.
“Tidak bagus mengambil dadah pada usia muda. Aryan Khan mempunyai masa depan.
Saya menasihati Shah Rukh Khan agar menghantar Aryan ke pusat pemulihan ketagihan yang berkaitan dengan kementerian.”-Kata Ramdas Athawale
Aryan Sepatutnya Berada Di Pusat Pemulihan & Bukan Menahannya Di Penjara
Tambahnya lagi, beliau turut memberitahu bahawa Aryan Khan sepatutnya berada di pusat pemulihan dan bukan menahannya di penjara.
“Dia seharusnya berada di sana selama satu hingga dua bulan dan bukannya menahannya di penjara. Terdapat banyak pusat sebegitu di seluruh negara.
Dalam satu hingga dua bulan, dia akan sembuh dari ketagihan dadah.”-Jelas Ramdas Athawale
Beliau memberitahu bahawa undang-undang baru seharusnya dirumuskan di mana pihak tertuduh sepatutnya tidak dihantar ke penjara.
Terdahulu, Aryan Khan pernah ditahan NBC susulan serbuan parti di atas kapal layar di Mumbai. Selain Aryan, tujuh lagi turut ditahan dalam serbuan pada 3 Oktober 2021. Serbuan tersebut juga telah menemukan 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD)
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.