Monday, January 30, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Pernah Disyaki Sebagai Pengganas? Ini 5 Sisi Gelap Keluarga Shah Rukh Khan

SRK pernah mengejutkan para peminat apabila memberitahu bahawa keluarganya tidak memiliki agama.

by Naddy Joe
October 7, 2021
77
KONGSIAN
Share on Facebook

Raja Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dan anak lelakinya, Aryan Khan menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini berikutan penangkapan Aryan yang terlibat dengan kes dadah dan masih berada dalam proses penyiasatan.

Selain Aryan, terdapat beberapa sisi gelap keluarga SRK yang tidak diketahui ramai serta mengejutkan. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

SRK Pernah Disyaki Sebagai Pengganas

SRK pernah menceritakan kisah pahitnya apabila pernah dianggap sebagai pengganas oleh imigresen Amerika Syarikat. Hal ini disebabkan namanya dikatakan serupa dengan nama salah seorang ahli pengganas yang sedang dicari oleh polis.

Lebih buruk lagi, perkara yang sama berlaku padanya sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2009, 2010, dan terakhir pada tahun 2016. Gara-gara itu, SRK sering diperiksa dengan sangat teliti selama hampir dua jam kerana diangggap sebagai pengganas.

Diboikot Rakyat India

SRK juga terpaksa berhadapan dengan seluruh populasi India apabila foto lamanya bersama PM Imran kembali muncul dan tersebar di media sosial. Hal tersebut mencetuskan kontroversi apabila kenyataan terdahulu SRK yang mengatakan bahawa beliau adalah Pro-Pakistan telah menjadi topik perbincangan di kalangan rakyat India yang sedia maklum mempunyai hubungan tegang dengan Pakistan.

Disebabkan kontroversi itu, rakyat India beramai-ramai memboikot SRK dengan tanda pagar #BoycottShahRukhKhan yang sempat menjadi trending di media sosial.

Tidak Punya Agama

Selain itu, SRK juga pernah memberikan kenyataan mengejutkan kepasa para peminat apabila memberitahu bahawa keluarganya tidak menganuti sebarang agama. Hal ini disebabkan SRK dan isterinya, Gauri Khan memiliki kepercayaan yang berbeza.

SRK beragama Islam, manakala Gauri dan anak-anaknya merupakan penganut agama Hindu. Beliau juga mendakwa telah mengajar anak-anaknya dengan memanggil mereka sebagai orang India dan bukan orang yang memiliki agama.

Hubungan Sulit Dengan Priyanka Chopra

Bukan sahaja memberikan pernyataan kontroversi, SRK juga pernah terpalit dengan isu hubungan sulit yang mengejutkan dunia hiburan Bollywood.

SRK dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Priyanka Chopra selepas dilihat memakai jaket milik SRK dan menghabiskan masa bersama sehingga jam 3 pagi.

Aryan Khan Ditahan Pihak Polis

Dan yang terkini, putera sulung kepada SRK telah ditangkap kerana didakwa terlibat dengan kes dadah. Aryan dan 7 orang rakan yang lain ditahan ketika mengadakan parti di atas kapal layar Cordelia pada 2 Oktober 2021.

Aryan dikatakan bersama salah seorang rakannya ketika diserbu pihak polis dan turut ditemui bersama adalah  dadah dalam kasut rakannya. Aryan dan rakannya yang lain kini disiasat polis sama ada mereka terlibat dalam pengedaran dadah atau menjadi pengguna bahan larangan tersebut.

Apa pendapat anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: aryan khanGauri Khanshah rukh khan
Share31Tweet19SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai
Lokal

Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

by Aphit J.
January 29, 2023
Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’
Musik

Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman, Artis Puji- ‘Meremang Bulu Roma’

by Phic ARMAN
January 29, 2023
Elly Mazlein Jatuh Cinta Dengan “Papa” Yang Lebih Muda Demi Anak?
Lokal

“Juri Tiada Tiket Untuk Memalukan”- Netizen Puji Jawapan Professional Elly Mazlein Isu Teguran Keras Juri

by Aphit J.
January 29, 2023
“Cik B Bagus Angkat Barang Sendiri, Kacak Orang Gaji Yang Bawa Naik” – Netizen Puji Tindakan Cik B Bawa Barang ‘Shopping’
Lokal

“Cik B Bagus Angkat Barang Sendiri, Kacak Orang Gaji Yang Bawa Naik” – Netizen Puji Tindakan Cik B Bawa Barang ‘Shopping’

by Aphit J.
January 29, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan